Menyinari seluruh alam

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua ^_^

Entri kali ini bukan calang-calang entri tetapi entri ini memberi 1001 makna yang besar dalam hidup saya iaitu  'Bertudung Labuh'. Alhamdulillah, sekarang saya berada dalam peringkat awal bertudung labuh. Bukan apa, sekarang ni koleksi tudung labuh saya &^%*&%$. Yang penting hidayah untuk memakai tudung labuh ni yang sangat saya nanti-nantikan dari dahulu lagi. Lama juga saya cuba untuk bertudung labuh tetapi baharu sekarang saya melaksanakan. Pemakaian tudung labuh ni dianggap sangat sensatif bagi sesetengah pihak. Kenapa? disebabkan kita bertudung labuh ramai mata-mata yang akan memerhati. mulala ada suara-suara yang sumbang kat belakang tu.

'eleh, baiklah sangat kan?'
'Eh, rimaslah tengok kau pakai tudung labuh, merosakkan pemandangan je
'Kau pakai karung ke apa tu?'

Tak kisah apa yang mereka katakan, jika hidayah itu datang, kekuatan juga akan menyerap keseluruh tubuh kita. Apabila kita sudah terbiasa memakainya, kadangkala terasa segan pula apabila memakai tudung yang lebih pendek dari itu. Insya-Allah semoga muslimah-muslimah diluar sana berazam dan seterusnya memakai tudung labuh. Ingat aib wanita ni sungguh besar.. Daripada kita buat diri kita berdosa dan orang yang memandang juga berdosa, baik kita tutup kan? Tiada paksaan dalam Islam, tetapi yakin bahawa yang indahlah yang harus kita kejar kerana setiap keindahan itu datangnya daripada setiap perubahan positif.

Saya nak kongsi bagaimana hati saya terbuka untuk bertudung labuh. Sebelum ini tak pernah terfikir untuk bertudung labuh tetapi atas pandangan seorang sahabat saya cuba muhasabah diri.

'Awak tak rasa nak bertudung labuh ke?'
'kenapa?'
'umur kita kan dah menjangkau 20-an, kalau nak cari yang soleh, solehahkanlah diri tu dulu'
'gluppppppp!!'

Ni situasi yang pernah saya lalui. Bukan sekali 'dia' menggalakan saya bertudung labuh tetapi berkali2. Malam tu juga saya muhasabah diri. Terasa kecilnya diri ini di mata sang pencipta. Air mata tak dapat dibendung lagi. Terdetik rasa hati saya ingin berubah tapi bukan hanya berubah untuk memakai tudung labuh tetapi menukar penampilan 360 darjah. Saya nak jauhkan segala kesilapan lalu yang telah saya lakukan. Rasa otak saya dah tak boleh terima da.. Tak kuat. Tetapi, saya gagahi diri untuk kebaikan diri saya sendiri. Kebahagian saya di dunia dan diakhirat. Jika bukan saya yang lakukan perubahan, siapa lagi?


Sem demi sem berlalu, banyak perubahan yang saya lihat depan mata saya sendiri. Tiba masanya saya menyuarakan hasrat saya kepada sahabat saya kerana saya tahu dia memahami apa yang terbuku dihari saya. Banyak yang kami cerita.. banyak... dan tak terhitung banyaknya. Kami selami dari hati ke hati. Rasa saat ini air mata mudah sangat jatuh. Saya minta petunjuk dari-Nya. Saya nak berubah tapi tak ada kekuatan. Baru-baru ini, semasa cuti sem.. saya balik ke kampung dengan azam yang baharu. Saya menjaga apa yang harus dijaga. Saya mendapat penerimaan yang sangat baik daripada keluarga saya. Mereka faham kenapa saya bertutup 24 jam, mereka menyokong. Dengan sokongan inilah membangkit semangat saya untuk berubah.

Selepas habis cuti sem, saya nekad nak jumpa 'akak' seorang ni.. Nak tanya dia macam2. Dia gembira dan reaksinya juga positif. Makin berbunga-bunga hati saya. Akak tu cakap, bertudung labuh bukan hanya nak tutp rambut tetapi menutup seluruh aib wanita yakni tubuh kecuali pergelangan tangan dan muka. Maksudnya, kena tuutp kecuali di samping orang yang mahram. Tutup juga disini bermaksud menutup sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh, baju tidak jarang. Tujuannya supaya terhindar dari segala perkara buruk yang dibenci Allah.

Saya ada terjumpa satu blog, pengalaman seseorang pelajar IPT yang berubah ke arah bertudung labuh. Saya terbaca satu ayat dari blog beliau yang membuatkan hati ini tersentuh lagi...

'Apabila kita bertudung labuh, tudung itu sendiri yang mengingatkan kita untuk menjaga akhlak dan ibadah'.

Bila difikir-fikir semula, betul juga. Kalau kita asyik dengan alasan rasa tak layak dan tak bersedia untuk pakai tudung labuh, sampai bila pun kita takkan laksanakan perkara yang wajib ni. Kita tak tahu ajal akan datang bila, mungkin ajal saya akan datang  tak lama lagi. Sebelum terlambat, bertaubat dengan sebenar2 taubat dan memohon kasih kepada Allah. Saya percaya ramai sahabat-sahabat yan hatinya telah lunak disapa bayu Hidayah Allah SWT. Semoga kita dalam golongan wanita yang solehah di mata Allah.


Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan benar ini. Pesanan saya, saya bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi yang terbaik. Ini hanyalah sebagai perkongsian kearah kebaikan. Allah telah berfirman bahawa perkara yang baik harus diuar-uarkan. Kuatkan hati dan semangat. Perbanyakkan berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang terpilih untuk memiliki hidayahNya. Bersyukur jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.

Sahabat saya seorang ini banyak bagi panduan kepada saya. Panduan ini juga boleh diamalkan oleh semua muslimah. perubahan itu mulanya dari bawah jadi, dia bagi tips-tips macam mana dia berubah. Saya kongsikan tipsnya.

1. Mulakan dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan. Berbaju longgar dan elakkan memakai Jeans.
2. Sertai usrah. Ramai kakak-kakak yang dapat membimbing kita agar hati tidak mudah terpesong.
3. Aktif mendengar ceramah dan cari lebih ramai kawan.
4. Memperbaiki ibadah-ibadah asas.
5. Perbanyakkan bacaan al-Quran (mengaji) dan dapatkan tafsir mini.
6. Bila hati sudah yakin, mulakan langkah perbaiki diri. Pakailah baju muslimah yang sesuai.
7. Mulakan pemakaian tudung bidang 50 atau pashmina (pilih yang tidak menarik orang melihat kita)
8. Seterusnya bolehlah memakai bidang 60----> tudung labuh berjahit.





Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Berubahnya kita tidak menjadikan kita tidak boleh melakukan apa saja. Saya terbaca post seorang kakak. Dia bertanya, dia mula bertudung labuh tetapi dia suka melakukan aktiviti lasak. jawapan daripada seorang ustazah: Islam itu mudah, tidak bermakna kita bertudung labuh membataskan pergerakan. Masuk wataniah pun digalakkan cuma jaga penampilan anda.


#Hanya mampu berdoa agar dosa-dosa yang lepas diampunkan dan Allah telah memberikan jalan yang terbaik untuk membetulkan diri lalai ini. Berikan aku kekuatan untuk menetapkan pendirian diri dan ketetapan hati. Diharap takkan terkubur lagi niat ini..
# Berubah perlahan-lahan sebab kos nak tukar baju dan semua koleksi tudung sangat tinggi. Insya-Allah, terasa ingin ingin dekat denganMu Ya Allah.

Kalau ekonomi dah kukuh, nak cepat2 tukar semua koleksi bawal..

2 comments:

  1. good dear..:) alhamdullilah..btul tu..hidayah...alhamdullilah...smoga allah mmberi ruang dna peluang utk aku..:) yup..tudung tu sndri akan halang kita buat kemungkaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah semoga kita ditempatkan dlm golngan yg solehah. Sy doakan yg terbaik utk awk juga dear ^_^

      Delete

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa