Jodoh itu rahsia Allah

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua ^_^


Sahabat seagamaku...,
Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana  memikirkan siapa kiranya pasangan hidup. Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dalam malam tahajut cinta denganNya.
Bertahajutlah memohon dariNya.
Jadikan hidup ini selalu penuh dengan sangka baik kepadaNya. Bersiaplah menghadapi putaran waktu serta masa, hingga setiap gerak langkah serta  nafas adalah dikira sebagai ibadah disisi Allah.
Sabarlah andainya pencarianmu belum juga dipertemukanmu dengan jodoh tersebut, mungkin penantian ini adalah ujian keatas ketaqwaanmu, mujahadahlah dan istiqomahlah di jalan-Nya.
Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa jodoh mu telah dituliskanNya.

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa