Fitrah untuk berpasangan


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. 

Mesti tertanya2 kan kena mula je entri ada video pulak. Ha! hari ini kita bincang mengenai fitrah untuk berpasangan. Kenapa budaya couple ni bagai cendawan tumbuh selepas hujan ataupun salah satu trend remaja. Yang lebih sadis lagi adanya terlanjur dan sanggup menggugurkan kandungan mereka. Mana hati perut dan keperimanusiaan mereka? Ya Allah, jauhilah kami daripada perkara-perkara ini.

PERINGATAN BUAT WANITA:

JANGAN MUDAH TERTIPU dengan ayat lelaki yang mengurat versi baik, contohnya:
'Saya tertarik dengan status2 tazkirah awak di FB.. @ ' Saya nak awak bimbing saya jadi yang terbaik'. dan yang sama waktu dengannya. Ketahilah bahawa fitrahnya lelaki harus membimbing wanita, bukan wanita yang membimbing mereka. Jika betul mereka inginkan bimbingan, dia pasti mencari SAHABAT yang soleh atau bertanya dengan yang lebih arif @ ustaz.


BUAT RENUNGAN BERSAMA:

"sungai sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti, terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga. sungai-sungai berupa sungai madu, sungai khamar, yang tidak memabukkan, sungai susu dan sungai jernih yang tidak pernah berubah rasanya. sungai-sungai syurga memencar dari atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju kesemua tingkatan syurga seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud, :-
"sesungguhnya Firdaus ialah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya. diatas Firdaus terdapat 'Arsy Allah, dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga." (hadis riwayat Bukhari).


No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa