Semanis kurma
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua ^_^
Ada yang bertanya,
' agak2nya bila kau nak kahwin?'
' Kau khwin guna tema apa ye?'
' kau suka suami yang macam mana?'
' seronok ke bercinta selepas nikah?'
Amboi2, itu bunga2 pembukaan je tu. Bercinta selepas nikah? itulah tajuk entri pada hari ini. eleh, excited pulak ye bila cerita pasal nikah2 ni. Tapi, bila dilihat kembali tren bercinta selepas nikah ni da meluas begitu juga dengan kahwin muda. Ramai rakan2 blogger yang popular selepas bernikah. Umur baru setahun jagung tapi dah bernikah..Tak pela, da memang jodohnya. Bak kata mak saya 'Seru dan sampai da pun'. Kalau rasa hati, fizikal dan mental dan bersedia, why not dirikan masjid dgn segera, banyak pahalanya tau.
Bercinta selepas nikah ni merupakan saranan Allah untuk mengelakkan kita bercinta dengan orang yang salah sebelum bernikah. Kan banyak kes2 yang tak sedap didengar mengenai pasangan ber'Couple' ni. Harap2 kita semua dijauhkan dengan perkara2 sebegitu. Lec saya kata, jodoh itu perlu dicari juga. Macam mana? berdoalah selalu agar bertemu dengan yang soleh/solehah tetapi kena menjadi yang soleh/solehah dahulu Dalam berkasih, tak perlu cari yang sempurna. Cukup sekadar hidup gembira & bahagia. Hadir dirinya sebagai pelengkap jiwa. Redha Illahi tunjang utama.
Mesti ada yang bertanya macam mane kami yang sudah ada pakwe/wakwe nie ?? kena putuskan mereka untuk mencari cinta selepas nikah ??
Jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah, tapi jangan “bercinta” sebelum nikah. Kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum nikah boleh, tapi “kawal” nafsu, kuatkan iman, tak perlu kita nak katakan/lafazkan cinta itu sebelum nikah. Ingatlah, Cinta itu Fitrah, jangan jadikan ianya fitnah.
#berdoalah untuk bertemu jodoh yang terbaik...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment