Selamat menyambut maulidur Rasul 2013

Assalamualaikum dan salam semanis buah Epal ^_^

Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah yang telah mengurniakan kita dengan nikmat yang paling agung iaitu nikmat IMAN.
Selawat dan salam buat junjungan tercinta yang telah memberikan teladan yang terbaik dalam segala hal dalam kehidupan terutamanya teladan yang mulia untuk para pendakwah sepanjang zaman. Tidak lupa kepada generasi yang menyelusuri Islam sehingga hari ini. Hari ini, saya ingin kongsikan keikhlasan dan akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita sebagai pengajaran. Semoga kita manfaatkan dan amalkan akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita sebagai pengajaran. Semoga kita memahami apa ilmu yang disampaikan oleh Nabi junjungan kepada kita. 

Saya ingin kongsikan kepada anda amalan Rasulullah yang boleh kita ikuti untuk kejayaan didunia dan diakhirat ^_^

1.Tahajjud
2. Membaca Al-Quran
3. Solat jemaah di masjid
4. Sedekah setiap hari
5. Jaga wudhu secara berterusan
6. Amalkan istiqar setiap hari
7. Solat dhuha

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW yang kebiasaanya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan pelbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah.

# Cuti-cuti juga, kerja rumah jangan lupa siapkan

2 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa