Assalamualaikum dan Salam semanis Cupcake ^_^
Laman istana berbatu-batu,
Laman ditanam si Pohon Ara,
Teman ketawa beribu-ribu,
Seronok juga memulakan entri dengan serangkap pantun? Dah dapat pembayang tak saya nak story tentang apa? Sejak dua menjak ni, terasa suka sangat tulis entri mengenai sahabat. Bahagiakan bila dapat sahabat ramai-ramai, lepas tu semuanya baik-baik belaka. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memberi nikmat yang sangat besar dalam hidup ini iaitu nikmat BERSAHABAT. Tanpa sahabat maka, sunyilah kehidupan kita ini. Sahabat menceriakan hari-hari kita kan? Suka duka berkongsi bersama. Bila kita dalam kesedihan.. mereka ada untuk kita. Bercerita, menasihati dan macam-macam lagi. Bila balik kampung pula, mulut ni rasa tak boleh tutup pulak. Semua tentang sahabat nak cerita kat family. Family pulak, dah kenal sangat dengan orang yang rapat dengan kita. Salah satu cerita yang seronok dibualkan bersama mak ialah karenah SAHABAT sayalah. Satu penerimaan yang baik daripada mak untuk sahabat-sahabat saya. Sehinggakan mak tak kisah jika mereka nak jadi MENANTU mak. OpppSS!
Jaga-jaga...sudah dimiliki!
Sedang ligat mencari ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan apa yang dirasa pada masa ini. Yang pasti ada beberapa perkataan yang boleh saya gunakan: GEMBIRA, TERHARU, TERUJA. Kadang kala saya merasa ianya cuma mimpi. Dapat bergelak ketawa dengan mereka bagaikan melupai hal yang sangat mengecewakan hati ini. Tapi yang pasti... sukar juga bila da berkumpul ramai-ramai, semua nak bercakap. Sampaikan dalam 1 masa ada 3 orang yang nak bercakap. Kalau semua nak bercakap? siapa nak mendengar?hahahaha..
Buat rakan sebilikku, terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Mengenalinya, banyak yang boleh aku tuliskan pengalaman masam manis (tapi malasla, lepas dia baca nanti tentu dia edit hasil tulisanku ini hingga tinggal sebaris dua sahaja. Mungkin!)haha.. Ya ampun!! saya cuma bakal guru BM yang kini cenderung untuk 'berkarya' di laman ini. Sebelum nak tulis apa2, nak puji dia dulu..Sahabat, tau tak yang awak super duper BIJAK, CANTIK, BAIK HATI, PEMAAF, PENYAYANG, MANJA, SOPAN dan... sambung sendiri. hati da berbunga-bunga tak? haa..jum terjah!
Dengan hati yang sangat ikhlas saya memang menghargai ketentuan Allah yang 'menjodohkan' saya dengannya di sebuah bilik yang kecil di IPG, Kampus Bahasa Melayu ini. Dia muda 4 hari dari saya. Tapi dia lebih matang kot. Kenapa? mungkin faktor dia anak sulung dan saya? anak bongsu.. Dengan kehadirannnya di bilik ini maka, dia menjadi seorang sahabat yang penyayang dan ala-ala penasihat yang tak bertauliah.haha.. Kami hidup AMAN, BAHAGIA DAN DAMAI. Saya pegang kata-kata ini, rasa sayang dan keserasian itu boleh dipupuk bukan hanya untuk orang bercinta malah dalam persahabatan juga. See? inilah kami... Kami memang mempunyai karekter yang berbeza-beza. Dia dengan Sainsnya aku? sudah tentu dengan BMku.
Waktu zaman bercintan cintun dulu, dialah rakan sebilik yang menjadi penasihat dan merangkap pakar motivasi. Dia tak pernah minta ganjaran 30%, 20%, 10% malah 5% sekalipun atas nasihat2 yang diberikan. Nasihat dan pandangan yang berbeza dari pelbagai sudut dan aspek. Ianya 100% percuma. Apa tunggu lagi? serbu bilik saya.. jumpa la pakar motivasi anda.kwang3. Kadang kala tak sempat nak minta nasihat, dia free2 je bagi! Menjadi pendengar luahan tatkala tak puas hati.. Menjadi pembekal tisu tatkala airmata melanda.. Menjadi tukang bebel tatkala apa yang aku lakukan salah baginya.
Gabungan kami tidak terhenti setakat itu, Empayar kami lebarkan.. Jalinan persahabatan kami perkembangkan. Kawan-kawan aku adalah kawan-kawannya juga. Bilik kami sentiasa meriah macam ada kenduri je. Ada juga tetamu yang bertandang. Topik demi topik dibualkan a.k.a forum perdana gitu. Lagi-lagi bila musim awal sem, makanan berlambak dari kampung manjadikan kami berkumpul untuk melahap bersama-sama.haha.. Semoga kebahagian ini tidak berakhir sampai disini tetapi selama-lamanya. Ukhwah yang terjalin ini sudah cukup manis untuk dikenang.
#mia, yaya, aida, suri
Apa ciri-ciri yang ada pada mereka?
- Tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya, sebaliknya kawan baiklah yang paling banyak membantu untuk sama-sama mencapai kejayaan.
- Tidak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
- Menasihati kawan baiknya berbuat kebaikan
- Orang yang pertama dicari masa sedih dan gembira
- Tidak pernah memaksa untuk sentiasa berada disisinya.
- Tidak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan.
- Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
- Faham bahawa rakanya itu tidak sempurana.
- Memberitahu perkara-perkara yang baik.
- Menjadi kawan yang baik utuk seorang yang baik
Layan lagu sahabat, Najwa Latiffhttp://www.youtube.com/watch?v=EbuUAg-dT40
#Allah tahu apa yang terbaik untuk kita ^_^
Nice statement
ReplyDelete