Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul ^_^
Petang ni terasa ringan pula tangan untuk menaip entri mengenai 'open market' ni. Isu ni semmgnya sudah lama diperdebatkan. Cuma sekarang baharu nak digunakan di Malaysia ni. 'Open market'? apa tu? haa.... saya bagi contoh yang agak mudah. Untuk pengetahuan semua, guru pelatih keluaran Institut Pendidikan Guru telah dijamin penempatannya apabila selesai menghabiskan pengajian selama 5 tahun setengah. Tetapi, kali ini kerajaan kita membuka isu 'open market' kepada semua IPTS/IPTS iaitu TIADA LAGI PENEMPATAN KHAS UNTUK BAKAL GURU. Maksudnya disini, jikalau nak posting, bakal2 guru ni kenalah bersaing secara hebat dengan seluruh Universiti di Malaysia.
Sebenarnya, banyak juga implikasi baik dan buruknya mengenai isu ni. Yela, cuba fikir kenapa pengambilan jawatan awam lain tak ada masalah pulak. Mereka senang-senang je training lepas tu terus posting on the dot. Tak adalah mereka sempat makan angin macam bakal cikgu ni.hehehe. Pengambilan guru sampai mencecah puluhan ribu tetapi bila posting ramai yang tanam anggur macam tu je. Tapi, kita kena percaya REZEKI ADA DI MANA-MANA. Bila Allah dah tentukan, kita harus redha.
Seterusnya, kebaikannya pula.. Pensyarah saya ada bahaskan isu ni. Saya setuju pendapat mereka yang mengatakan ada kebaikannya kerajaan buat macm ni. Yela, pasti ramai bakal guru yang akan sedar betapa 'open market' ini menjadikan mereka kena berkerja keras dan berusaha menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Jadi tak adalah yang belajar sambil lewa. Gagal ke tak ke terus serap je ke dalam sekolah. hadooii.. kecian anak murid, tak berkembanglah nampaknya. Inilah masanya kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pedagogi. Bila tiba ditemu duga nanti, tak nampak berkarat lah selama 5 tahaun setengah ni. Kalau cikgu tak ada ilmu yang cukup, macam mana nak mengajar?
Now, buktikan pada dunia bahawasanya profesion guru ini bukannya satu profesion yang harus dipandang rendah. Tanamkan rasa bangga menjadi guru. Walaupun gaji taklah seberapa tetapi, demi nusa dan bangsa kita harus ikhlas..Yehh!! Bila da posting nanti, jangan ingat kerja seseorang guru ini mudah seperti yang digambarkan tetapi................
1. apabila murid ingin menyertai pertandingan, guru jadi JURULATIH.
2. semasa pertandingan bola, guru menjadi PENGADIL.
3. Apabila persembahan hari guru, guru menjadi KOMPOSER.
4. Apabila tiba masa RMT, guru jadi PELAYAN.
5. Semasa murid membuat persembahan, guru menjadi JURUGAMBAR.
6. Semasa peralatan sekolah rosak, guru menjadi TUKANG KAYU.
7. Semasa murid sakit, guru menjadi DOKTOR.
8. Semasa murid muntah dalam kelas, guru menjadi TUKANG CUCI.
9. Semasa murid ada masalah, guru menjadi IBU BAPA.
10. Semasa murid mencuri, guru menjadi DETEKTIF.
11. Semasa perkhemahan, guru menjadi TENTERA.
12. Semasa murid merentas desa, guru menjadi POLIS TRAFIK.
13. semasa murid bergaduh, guru menjadi HAKIM.
14. Semasa murid bersedih, guru menjadi PELAWAK.
15. Semasa gotong royong di sekolah, guru menjadi TUKANG KEBUN.
sekarang, tugas guru bukan setakat mendidik tetapi menjalankan pelbagai tugasan. Hanya guru sahaja yang tahu cabaran dan tanggungjawab yang harus dipikul. Betapa besarnya pengorbanan seorang guru. Inilah satu-satunya pekerjaan yang sangat Mulia dan dipandang tinggi oleh-Nya (ada rasa nak jadi guru tak?).
# SAYA BANGGA MENJADI GURU
No comments:
Post a Comment