Assalamualaikum dan salam semanis pembuat coklat ^_^
Korang da baca tak cerpen kisah si pembuat coklat? sweet sangat2. Aiyoo.. maaf2 hari ini bukan nak story pasal coklat ke.. apa ke.. Tapi mengenai 'PETUA MENAIKKAN BERAT BADAN'. Kenapa saya nak tulis mengenai berat badan pulak ni? haa.. ni request dari sorang akak yang plus2 cantik dan bergaya.
Dalam kehidupan masa kini, ada sesetengah orang yang risau apabila dirinya terlalu kurus. Sebab macam kesan negatif yang akan datang. Bukan yang berisi je yang ada masalah, yang kurus pun ada masalah. Jadi, untuk mengelakkan masalah, cari berat badan yang ideal untuk kita. Macam mana seseorang itu boleh menjadi kurus? da makan banyak-banyak pun masih macam tu juga. Haa! mungkin kerana genetik, masalah terhadap penyerapan dan pencernaan makanan atau disebabkan jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak lengkap.
Jadi, bagi yang risau berat badan tidak seimbang dengan ketinggian mungkin boleh cuba amalkan cara tertentu. Macam mana? tak tahu ke? hasil pembacaan saya, ni lah jadinya.
TIPS-TIPS DR. FYFIE
1. Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian
- gantikan nasi dengan roti.
- Ambil nasi dan sejam kemudian roti
2. Makan 3 hidangan utama bersama 2/3 snek setiap hari.
- Pilih snek yang xmengandungi bahan pengawet yang tinggi. Digalakkan ambil snek seperti buah-buahan dan kacang soya
3. Makan secara kerap.
- amalkan hidangan yang sihat sahaja
4. Waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai karbohidrat dan protien.
- minum 1 gelas susu setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi lemak
5. Lakukan senaman
- seminggu 3 kali, keluarlah berjogging atau beriadah. Jangan asyik depan laptop je. Oppss!
6. Ambil makanan tambahan
- ambil vitaman B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil
Jadi, kepada yang nak tambah berat badan tu, selamat berusaha ye. Kalau dah ideal tu pulak.. Maintain la.
No comments:
Post a Comment