Entri kali ini, saya nak crita mngenai kisah tawakal yang pernah saya baca sebelum ini. Kisah ini benar-benar menarik hati saya kerana kisah tawakal ini bukan melibatkan tawakal seorang manusia tetapi tawakkal seekor semut. Hebat bukan? mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana semut ini bertawakal? Perlu diingat setiap hidupan yang dicipta Allah, pasti ada cara tersendiri untuk bertawakal. Mari inuti kisah semut ini ^_^
Kisah berlaku pada zaman Nabi Sulaiman. As we all know, Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kelebihan iaitu dapat memahami bahasa haiwan. Ceritanya begini..
Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam temph setahun. Semut menjawab, ia hanya memerlukan satu butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukan semut itu ke dalam botol yang berisi gula sebesar sebutir gandum manakala botol tersebut ditutup.
Setelah genap setahun, botol tersebut dibuka. Nabi Sulaiman mendapati semut itu hanya memakan separuh daripada gula tersebut. Nabi Sulaiman menjadu hairan lalu bertanya, "Bukankah dulu kau menyatakan bahawa kau memerlukan makanan sebesar butir gandum untuk tempoh setahun? Mengapa hanya separuh sahaja yang kau habiskan?".
Sang semut menjelaskan sekiranya ia berasa di luar sana, rezekinya sudah dijamin Allah. Oleh itu, dia tidak perlu risau akan hakikat itu kerana Allah akan mencukupkan rezekinya. Tetapi, apabila berada di dalam boto, rezeki itu belum tentu dijaga. Kerana mungkin Nabi Sulaiman lupa untuk mengeluarkan ia selepas setahun. Untuk mengambil langkah berjaga-jaga, semut hanya mengambil separuh daripada makanan yang telah dibekalkan. Takut seandainya Nabi Sulaiman lupa, apa terjadi pada dirinya?
Di sini kita boleh tengok si semut lebih yakin dengan jaminan Allah ketika berada di luar botol berbanding apabila berada di dalam botol. Disebabkan itulah, untuk menghadapi sebarang kemungkinan si Semut hanya memakan separuh daripadanya.
Dapat saya simpulkan di sini bahawa sifat tawakal yang diberikan oleh Semut harus kita pelajari dan amalkan. Jangan terlalu bergantung kepada pemberian orang lain. Kita letak sepenuhnya kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yang kita inginkan. Seterusnya, di dunia ini, pelbagai cabaran yang harus kita tempuhi dan tidak ada manusia yang berada di dalam zon selamat. Harus diketahui iman manusia boleh berubah-ubah jika tidak dibajai dengan baja yang sepatutnya. Berusaha memperbaiki diri, tawakal dengan setiap apa yang dilakukan dan berusaha menjadi yang terbaik.
Islam itu indah dan mudah tetapi manusia yang merumitkannya.
No comments:
Post a Comment