Sihat tak?
Da makan?
cukup tidur?
..................................................
Balik je dari kuliah, rasa rindu yang teramat sngt kat Mak dan bapak. Rindunya hanya Allah sahaja tahu. Rindu dimanja dan ditatang bagai minyak yang penuh. Dilayan seprti Puteri raja... Seronokkan? Itulah Ibu dan ayah. Walau sesibuk mana pun, anak adalah yang PERTAMA. Berdosa apabila kita melanggar segala arahan mereka jikalau tidak bertentangan dengan syariat agama. Berdosa jika meninggikan suara kepada mereka. Berdosa melukakan hati mereka, menguris perasaan mereka dan membuat mereka menangis.
Betapa banyaknya kebaikan yang kita perolehi jika menurut perintah mereka dan mengasihi mereka. Bukan susah bukan? Ketika inilah kita harus membalas jasa mereka walaupun ianya tidak akan mungkin terbalas dengan apa cara sekali pun. Islam itu indah...
Allah berfirman yang bermaksud “Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” (Surah Al-Ahqaf, 15). Maka, Hormati dan sayangilah mereka sebelum terlambat. Seandainya mereka tiada lagi di dunia menyesalnya tiada guna. Kesedihannya tiada bermakna walau digugurkan air mata darah tanpa putus-putus sekalipun. Sedang memori kasih sayang kedua mereka akan menjelma setiap kali perasaan kesal datang dan tidak berpenghujung itu. Ingatlah firman Allah “Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” ( Surah Al-Israa : 24)
Yakin dan percayalah bahawa berbakti kepada kedua orang tua tidak akan rugi. Keuntungannya boleh dinikmati dunia dan melebarnya sehingga akhirat. Rasulullah SAW begitu kasihan kepada mereka yang tidak sempat berbakti kepada kedua orang tuanya walapun ruang dan peluang untuknya begitu terbuka.
# Sayang Mak Bapak ketat-ketat
No comments:
Post a Comment