Cinta tak semestinya memiliki

Assalamualaikum dan selamat petang semua :) Entri saya kali ini mungkin kelihatan agak jiwang namun inilah hakikatnya. jadi, sebelum entri ini menjadikan hidung Anda! dan Anda! berdarah... sila tinggalkan blog ini dengan cara bergolek-golek ke katil dan tarik selimut jika anda bukanlah seorang yang jiwang dan pemuntah tegar. Sebab, kemungkinan besar entri ini mengandungi ayat-ayat cinta yang 'SUPER POWER'.heheh Berbalik kepada tajuk asal,Cinta tak semestinya memiliki..betul ka? Ya! kita dilahirkan didunia ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia yang sering buta kerana cinta. tapi saya bukan nak ulas mengenai hal-hal buta tapi kenapa cinta tak semestinya memiliki. agak2 kenapa ye??
Allah telah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita. ingat tak? wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Begitu jugalah sebaliknya. jangan risau, walaupun dia bukan untuk kita, pasti ada yang lebih baik dan lebih sempurna akan menanti kita. Kan janji Allah itu pasti. Kita kena yakin + pasrah + berdoa. walau mcm mana pun kita bercinta dgn sesorng, tapi kalau bukan dia takdir kita.. nak buat mcm mana. Alangkah indahnya jika hati ini tak perlu di cmari oleh cinta yang bukan sebenarnya. Cinta selepas kahwin kan indah?? (kenyit2 mata) Cuba renungkan... Kadang-kadang kita sayang kan dia......Terlalu sayang.... Tapi kerana sebab-sebab tertentu kita terpaksa lepaskan dia.... Walaupun sakit, walaupun sedih, kita cuba untuk melupakannya.. Supaya diri kita tidak lagi sakit kernanya Kerana sayang juga kita terpaksa lepaskannya... Kerana masih ada yang lain yang sayangkan kita, lebih kita sayangkan dia Kerana, Cinta tak semestinya memiliki

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa