SEGMEN 10 JAM TAMBAH BLOGLIST

Assalamualaikum dan salam jumaat buat semua ^_^




Sekali, dua kali dan berkali... saya join SEGMEN lagi! kali ini segmen dari sahabat yang plus++ comel dan bergaya orangnya.. Siapa? Cik lyeen la. Segmen apa pula yang saya join hari ini? Ceh...bajet banyak sangat ikut segmen, padahal ni bahru yang ke-2. Kwang3

FIFI tag: Ungu Violet  Segmen ni dinamakan 10 jam tambah bloglist. Sapa-sapa nak join boleh click banner diatas Ok!

Jom tambah kenalan sambil kukuhkan ukhwah persahabtan ^_^

SEGMEN: Jom tambah follower sebanyak yang mampu

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua ^_^


Yah! hari ni saya join 1 segmen ni? segmen? apa tu..Segmen ni memang sesuai bagi blogger2 baharu terutamanya saya untuk upkan jumlah follower dan saling kenal mengenali antara blogger2 yang ada kat Malaysia ni. Amboi... Seronok nampak!

Buat pengetahuan semua ini adalah kali pertama saya join segmen. Masa pertama kali tngok segmen2 ni, saya buat muka blur je. Kenapa? Yakinlah bahawa saya tak tahu menahu apa itu segmen.. Bila tngok ramai yang join, saya mengaktifkan diri jugalah join segmen ni. HARAPAN saya, semoga berjayalah dalam segmen yang pertama ni. Insya-Allah.

Rakan2 blogger ataupun pembaca setia, Jom follow blog saya. Tekan je 'Join this site' baru syookk.. Terima kasih semua, sayang korang ketat2. :)



Cinta VS Kebahagiaan

Assalamualaikum dan Salam semanis Lolipop ^_^

Rasa lama tak tulis entri baharu walaupun syok sendiri konon-kononnya ada yang minat untuk membacanya. Tapi tak apa, saya pegang satu ayat ni.."tak mengapa jika ada yang tak suka asalkan kita ENJOYYY!" Yeh! sila tekankan perkataan enjoy tu ok?

Minggu lalu rasa nak buat entri bahru.. tapi, asalkan nak taip je, mesti tiba-tiba ingat ada krja yang lebih pnting kena didahulukan dulu. Amcam? rajin kan saya? agak-agaknya boleh jadi calon menantu pilihan tak?haha..Ok CUKUP!! kita kmbali kpada fokus utama.. yang kat atas tu, fokus sampingan je. Kali ini saya menulis dan terus menulis mengikut kata hati saya. Kata hati saya cakap "fifi sambungla crita pasal entri yang lalu, masih gantunglaa..." 

Ok! saya tahu saya comel..

Tadi semasa saya sibuk mengemas bilik sambil bernyanyi riang, tiba-tiba lidah saya tergigit. Aduh! sakit tak payah cerita, rasa macam nak putus pun ada. Lepas habis buat kerja, saya terus berdiri depan cermin. Bukan nak ukur tahap kecomelan saya sebab dah comel da pun, tapi... nak tngok lidah ni ok ke tak. tapi, 1 perkara lagi yang saya suka ni, bulu mata saya jatuh. Alamak! kata orang kalau lidah tergigit dan bulu mata jatuh, ADA ORANG RINDU. YahooOO! Siapa ye? amboi.. awak yang sedang membaca ni! jangan nak fikir bukan2, sudah tentulah Mak bapa saya yang rindu. Saya cepat2 ambil HP.. hajat nak kol mak. Betul la dugaan saya, mak cakap dia  rindu saya la! Bahagianya saya. 

See? dia suka buat muka bila saya da mula berceloteh. Rindu kat dia!!

Saya sememangnya seorang wanita yang sangat bahagia. Sampaikan pada 1 tahap rasa mcam nak masuk hospital bahagia je.haha Nak habaq mai, kawan-kawan saya cakap, saya seorang yang tabah! Betul ke?? Sya wanita yang biasa kadangkala ada perkara yang jadikan saya lebih senstif dan adakalanya menjadikan kita lebih tabah untuk mara ke hadapan. Senang cerita macm ni lah, dorng tanya takkan saya tak sedih kot.. lepas semua terjadi, nampak makin bahagia pula. Apa rahsianya? Saya bagi tips tau..tapi, lepas baca ni SILA MASUKAN BAYARAN KE AKAUN SAYA

KATAKAN YA PADA:
1. Senyum selalu (kena pada tempatnya)
2. Ungkapkan kata2 yang membangunkan sahabat
3. Kesediaanmu duduk untuk bersama al-quran dan membacanya.
4. Kesediaanmu berzikir, beristiqhfar untuk bertaubat kepadanya.
5. rasa malumu & hijab
6. Pergaulan yang baik
7. Doa dari Ibu Bapa

Tips inilah yang menjadikan saya WANITA PALING BAHAGIA bukan WANITA BAHAGIA. Dapat beza tak? Saya pasti wanita diluar sana juga ingin mengecapi erti kebahagiaan. Jadi, jika anda sudah bersedia untuk berubah dan melepaskannya, jangan menangis pada tempat yang salah, menangislah apabila tangisan anda boleh memberi pahala kepada anda. Jangan kerana cinta manusia, rasa nak berlari tanpa henti, bunuh diri, minum racun... FRUST MENONGGENG. Kenapa perlu menangis saat putus cinta? Terima dengan hati terbuka wahai sahabat... ingat, disebalik semua ini ada 1001 hikmah yang menanti anda. Lepas putus cinta, ada pula mencarut dengan sumpahan yang sangat tidak sedap untuk didengar. Astaqfirullahalazim... 


Wahai rakan seagamaku, tidak perlu ditangis cinta yang belum halal bagimu. Simpan air mata untuk kau tangisi kejahilanmu selama ini terhadap Allah. Ataupun simpan air matamu untuk akad nikah nanti..haha


#Pesanan saya: Cinta tanpa akad nikah belum pasti bertemu kebahagiaan.. akan tetapi, jodoh yang diikit dengan akad nikah pasti bertemu kebahagiaan. Jangan risau, Allah dah tetapkan jodoh untuk korang. Bersabarlah ye? Peace ^_^  Assalamualaikum, nak pergi makan buah mempelam.

Penantian yang tiada penghujungnya

Assalamualaikum dan Salam semanis buah kurma..

Apa pula entri kali ini? Tak habis2 lagi ke?hahaha... Mana boleh habis sayang oii. Selagi jari jemari ini mampu menekan apa yang patut ditekan, selagi itulah entri demi entri korang HARUS baca. Kalau tak nak baca pun tak apa. Kan saya kata HARUS bukan WAJIB. ^_^

Penantian yang tiada penghujungnya? Apa maksudnya tu? ha! kali ini saya nak kongsi sesuatu yang memberi impak yang sangat mendalam kepada diri saya. Saya bukannya manusia yang sempurna, jauh sekali yang baik. Saya kadang kala alpa dan terus menerus melakukan kesilapan. Namun Allah Maha Penyayang, berkali-kali Dia membawa saya ke jalan yang sepatutnya. Dia datangkan di depan saya manusia-manusia yang bertuah diberi peluang untuk berubah.

Jadilah wanita yang sejuk mata memandang

BERUBAH. Bukan satu perkara yang senang. Memerlukan keimanan yang teguh. Ya, saya sudah berulang kali mencuba dan terus mencuba.. Tidak perlu saya tunjuk atau mempamerkan sejauhmana saya mencuba untuk menjadi lebih baik kerana matlamat saya ialah menjadi lebih baik di mataNya. Dia yang akan menilai kita di akhirat kelak. Saya hanya ingin berkongsi kepada anda apa yang saya rasa dan anda juga harus rasa. Ya! kawan saya pernah cakap kat saya, umur wanita awal 20-an ini lah yang rasa gatal sana sini. Maksud saya, gatal ingin bercinta. Cinta itu terlalu subjektif dan mendalam maknanya. Jikalau saya bercerita mengenai apa itu cinta, Sah! 7 keturunan entri ini tak habis-habis. Sanggup ke nak baca? haha

Baiklah, berbalik kepada topik sebenar. Tipu kalau saya menidakkan perasaan CINTA yang wujud dalam hati saya. Masa bercinta itu semua manis-manis belaka. Apa yang dibuat semuanya manis.. wujud pula perkataan, 'BF kau SOOOOO SWEET'. Bila bercinta tak pernah berenggang, kehulur kehilir bersama-sama. Sampaikan ada pasangan tu, nak pergi tandas call 'couple' dulu. "sayang, ayg nak pergi tandas, boleh tak?'ada ke?? Yela, couple punya pasal.. lautan api sanggup kurenangi..demi kau seorang sayang. Lepas tu, janji itu ini. Konon nak pergi ke jinjang pelamin dan melayari bahtera kebahagiaan bersama-sama. Dah lumrah orang bercinta, lepas kahwin tup2.. 'Eh, minah tu baru je 3 hari kahwin dah bercerai'. Alamak! siapa nak jawab? Dalam bercinta pula, minta pasangan supaya hubungan mereka diredhai Allah. Redha ke Murka ni? confius2..


Seperti yang saya katakan tadi, saya juga seorang manusia yang biasa yang ingin menyebarkan kebenaran dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Jujur saya katakan, lama juga saya bercinta ni.. Bila ada yang tahu KAMI dah putus, mula lah ramai yang tnya..

"kenapa putus?"
"dia baik sngat kat kau, sayang nya..."
"kau ni, da ada yang terbaik, buat2 buta pulak"
"Kau dah kenapa? ada yang baharu ke?"
"wei, korang gaduh ke?"

Pada suatu hari, saya seperti baru terhantuk kat dinding 20x.. Baru tersedar dari realiti kehidupan.. Bertapa berdosanya saya selama ini berhubung dengan lelaki yang bukan mahram bagi saya. Keluar berdua-duaan, Bertelefon siang malam.. Kecian kat Ibu Bapa kita, nak ke semua dosa kita mereka yang tanggung? dah baik2 ibu bapa kita didk kita tapi anaknya tak sedar2 juga. Walaupun hubungan saya dan dia direstui ibu bapa kami tapi jangan melihat kebaikan itu sahaja tapi lihat pula apa pandangan Allah kepada hubungan ini. Halal ke? Sweet la tu ye? Tak heran pun bila mereka mula salahkan saya dalam hal ni. Yela, dalam hubungan 'dia' banyak memberi.. baik dan terlalu baik. Sekarang mungkin, tapi suatu hari nanti macam mana? takut bila Allah nak duga kita, 360 darjah hubungan yang tak sah ini akan berubah menjadi dilema yang tiada kesudahannya.

Dia kata saya harus berubah? berubah apanya? saya tak boleh berubah kalau masih dalam menjalinkan cinta tidak halal ini. Bukan ka sama juga, berubah menutup sana sini tapi hati kita masih dengan lelaki yang tidak halal untuk kita. Bila ditanya:

"awak sayang saya berapa banyak?"
"sayang sangat"


Awak2 sekalian, sayang awak kepada Allah tangga ke berapa erk?Sentap! Saya cuba dan terus mencuba berbicara dari hati ke hati mengenai pendapat saya mengenai BERCINTA SEBELUM MASANYA. Penerimaannya agak baik walaupun pada awlnya agak sukar namun dalil2 yang saya nyatakan cukup kuat untuk dia menerimanya. Saya tahu jikalau saya menjalinkan hubungan 10 tahun pun, kalau bukan jodoh saya dengan dia..nak buat macam mana? sia2 kan? Jadi, sebelum ianya terjadi.. saya ambil langkah yang lebih baik. Perubahan itu mengambil masa.. begitu juga saya.. lama dan sungguh lama. dan sekarang, jeng3x, saya dah CUKUP KUAT!

Wanita tak selamanya lemah

Kini, saya dah bersedia menghadapi segala cabaran yang mendatang. Saya berharap agar Allah menetapkan hati saya dalam golongan wanita yang solehah. Kalau iya pun nak bercinta, cinta selepas nikah itu indah.. banyak sngat dah contoh-contoh yang boleh kita lihat.. contohnya http://denakamarulbahrin.blogspot.com/.
Bahagia kan? sweet je tngok dorng. Mesti terlintas difikiran, macam mana nak tahu bakal suami kita tu baik kalau kita kenal dia lepas nikah? kang..habis periuk belangga pecah. Soalan yang baik! Tau tak? pernah dengar tak wanita yang baik, hanya untuk lelaki yang baik. Begitu juga sebaliknya. Jadi, perbaiki diri anda jika mahu mendapatkan yang terbaik. Insya-Allah.

Kepada bakal imamku, 
jaga hatimu. Jangan risau, aku berusaha juga untuk menjaga hati dan imanku. Aku harap kita bakal menjadi yang soleh dan solehah serta diredhai Allah.

Kepada bakal imamku, 
Jangan engkau risau. Jika benar kau jodohku, aku masih tetap disini dan setia menantimu untuk membawa aku melayari bahtera yang bahagia.

Kepada bakal imamku, 
aku tidak seperti wanita diluar sana. Cantik, lemah lembut, dan sopan tutur katanya. Tetaoi, aku janji kepadamu bahawa aku cantik dimata Allah bukan manusia.

Kepada bakal imamku, 
aku tidak sebijak Siti Khadijah. Maafku pohon kepadamu. Sabarlah menghadapiku, jangan marah kepadaku, bimbinglah aku..pasti aku tidak akan membangkangmu.

Kepada bakal imamku
aku minta kau perbaiki dirimu. Aku ingin kau bimbing diriku.. sesungguhnya banyak kekurangan dalam diriku ini.

penantian yang tiada penghujungnya

#Saya bahagia sekarang. Jauh lebih bahagia. Mak Bapa selalu bagi nasihat kat saya. Kawan2? tak pyah cakapla... xminta pun.. confirm dorng nasihatkan. BTW, saya sayang kat kawan2 saya. Dorang yang banyak membuka pintu hati saya. TERIMA KASIH SAHABAT!

Tak perlu rasa iri hati dengan kebahagiaan orang lain.. SENYUM2 SELALU

Tips dari Dr. Fyfie

Assalamualaikum dan salam semanis pembuat coklat ^_^

Korang da baca tak cerpen kisah si pembuat coklat? sweet sangat2. Aiyoo.. maaf2 hari ini bukan nak story pasal coklat ke.. apa ke.. Tapi mengenai 'PETUA MENAIKKAN BERAT BADAN'. Kenapa saya nak tulis mengenai berat badan pulak ni? haa.. ni request dari sorang akak yang plus2 cantik dan bergaya.

Dalam kehidupan masa kini, ada sesetengah orang yang risau apabila dirinya terlalu kurus. Sebab macam kesan negatif yang akan datang. Bukan yang berisi je yang ada masalah, yang kurus pun ada masalah. Jadi, untuk mengelakkan masalah, cari berat badan yang ideal untuk kita. Macam mana seseorang itu boleh menjadi kurus? da makan banyak-banyak pun masih macam tu juga. Haa! mungkin kerana genetik, masalah terhadap penyerapan dan pencernaan makanan atau disebabkan jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak lengkap.

Jadi, bagi yang risau berat badan tidak seimbang dengan ketinggian mungkin boleh cuba amalkan cara tertentu. Macam mana? tak tahu ke? hasil pembacaan saya, ni lah jadinya.

TIPS-TIPS DR. FYFIE

1. Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian

  • gantikan nasi dengan roti.
  • Ambil nasi dan sejam kemudian roti

2. Makan 3 hidangan utama bersama 2/3 snek setiap hari.

  • Pilih snek yang xmengandungi bahan pengawet yang tinggi. Digalakkan ambil snek seperti buah-buahan dan kacang soya
3. Makan secara kerap.
  • amalkan hidangan yang sihat sahaja
4. Waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai karbohidrat dan protien.
  • minum 1 gelas susu setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi lemak
5. Lakukan senaman

  • seminggu 3 kali, keluarlah berjogging atau beriadah. Jangan asyik depan laptop je. Oppss!
6. Ambil makanan tambahan
  • ambil vitaman B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil

Jadi, kepada yang nak tambah berat badan tu, selamat berusaha ye. Kalau dah ideal tu pulak.. Maintain la. 

SELAMAT MENCUBA!!

Kau sahabatku, Kau teman sejati

Assalamualaikum dan Salam semanis Cupcake ^_^

Laman istana berbatu-batu,
                            Laman ditanam si Pohon Ara,
Teman ketawa beribu-ribu,
                           Teman berduka boleh dikira.



Seronok juga memulakan entri dengan serangkap pantun? Dah dapat pembayang tak saya nak story tentang apa? Sejak dua menjak ni, terasa suka sangat tulis entri mengenai sahabat. Bahagiakan bila dapat sahabat ramai-ramai, lepas tu semuanya baik-baik belaka. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana memberi nikmat yang sangat besar dalam hidup ini iaitu nikmat BERSAHABAT. Tanpa sahabat maka, sunyilah kehidupan kita ini. Sahabat menceriakan hari-hari kita kan? Suka duka berkongsi bersama. Bila kita dalam kesedihan.. mereka ada untuk kita. Bercerita, menasihati dan macam-macam lagi. Bila balik kampung pula, mulut ni rasa tak boleh tutup pulak. Semua tentang sahabat nak cerita kat family. Family pulak, dah kenal sangat dengan orang yang rapat dengan kita. Salah satu cerita yang seronok dibualkan bersama mak ialah karenah SAHABAT sayalah. Satu penerimaan yang baik daripada mak untuk sahabat-sahabat saya. Sehinggakan mak tak kisah jika mereka nak jadi MENANTU mak. OpppSS!

Jaga-jaga...sudah dimiliki!

Sedang ligat mencari ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan apa yang dirasa pada masa ini. Yang pasti ada beberapa perkataan yang boleh saya gunakan: GEMBIRA, TERHARU, TERUJA. Kadang kala saya merasa ianya cuma mimpi. Dapat bergelak ketawa dengan mereka bagaikan melupai hal yang sangat mengecewakan hati ini. Tapi yang pasti... sukar juga bila da berkumpul ramai-ramai, semua nak bercakap. Sampaikan dalam 1 masa ada 3 orang yang nak bercakap. Kalau semua nak bercakap? siapa nak mendengar?hahahaha..

Buat rakan sebilikku, terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Mengenalinya, banyak yang boleh aku tuliskan pengalaman masam manis (tapi malasla, lepas dia baca nanti tentu dia edit hasil tulisanku ini hingga tinggal sebaris dua sahaja. Mungkin!)haha.. Ya ampun!! saya cuma bakal guru BM yang kini cenderung untuk 'berkarya' di laman ini. Sebelum nak tulis apa2, nak puji dia dulu..Sahabat, tau tak yang awak super duper BIJAK, CANTIK, BAIK HATI, PEMAAF, PENYAYANG, MANJA, SOPAN dan... sambung sendiri. hati da berbunga-bunga tak? haa..jum terjah!

Dengan hati yang sangat ikhlas saya memang menghargai ketentuan Allah yang 'menjodohkan' saya dengannya di sebuah bilik yang kecil di IPG, Kampus Bahasa Melayu ini. Dia muda 4 hari dari saya. Tapi dia lebih matang kot. Kenapa? mungkin faktor dia anak sulung dan saya? anak bongsu.. Dengan kehadirannnya di bilik ini maka, dia menjadi seorang sahabat yang penyayang dan ala-ala penasihat yang tak bertauliah.haha.. Kami hidup AMAN, BAHAGIA DAN DAMAI. Saya pegang kata-kata ini, rasa sayang dan keserasian itu boleh dipupuk bukan hanya untuk orang bercinta malah dalam persahabatan juga. See? inilah kami... Kami memang mempunyai karekter yang berbeza-beza. Dia dengan Sainsnya aku? sudah tentu dengan BMku.

Waktu zaman bercintan cintun dulu, dialah rakan sebilik yang menjadi penasihat dan merangkap pakar motivasi. Dia tak pernah minta ganjaran 30%, 20%, 10% malah 5% sekalipun atas nasihat2 yang diberikan. Nasihat dan pandangan yang berbeza dari pelbagai sudut dan aspek. Ianya 100% percuma. Apa tunggu lagi? serbu bilik saya.. jumpa la pakar motivasi anda.kwang3. Kadang kala tak sempat nak minta nasihat, dia free2 je bagi! Menjadi pendengar luahan tatkala tak puas hati.. Menjadi pembekal tisu tatkala airmata melanda.. Menjadi tukang bebel tatkala apa yang aku lakukan salah baginya.

Gabungan kami tidak terhenti setakat itu, Empayar kami lebarkan.. Jalinan persahabatan kami perkembangkan. Kawan-kawan aku adalah kawan-kawannya juga. Bilik kami sentiasa meriah macam ada kenduri je. Ada juga tetamu yang bertandang. Topik demi topik dibualkan a.k.a forum perdana gitu. Lagi-lagi bila musim awal sem, makanan berlambak dari kampung manjadikan kami berkumpul untuk melahap bersama-sama.haha.. Semoga kebahagian ini tidak berakhir sampai disini tetapi selama-lamanya. Ukhwah yang terjalin ini sudah cukup manis untuk dikenang.

#mia, yaya, aida, suri


Apa ciri-ciri yang ada pada mereka?

  • Tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya, sebaliknya kawan baiklah yang paling banyak membantu untuk sama-sama mencapai kejayaan.
  • Tidak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
  • Menasihati kawan baiknya berbuat kebaikan
  • Orang yang pertama dicari masa sedih dan gembira
  • Tidak pernah memaksa untuk sentiasa berada disisinya.
  • Tidak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan.
  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
  • Faham bahawa rakanya itu tidak sempurana.
  • Memberitahu perkara-perkara yang baik.
  • Menjadi kawan yang baik utuk seorang yang baik


Layan lagu sahabat, Najwa Latiffhttp://www.youtube.com/watch?v=EbuUAg-dT40



#Allah tahu apa yang terbaik untuk kita ^_^ 

Dejavu di Kinabulu

Assalamualaikum dan salam semanis kek berlapiskan keju ^_^

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Pernah dengar tak peribahasa 2? Maksudnya memang lebih baik berada di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain. Apa kes tiba-tiba je crita pasal peribahasa ni? kena sampuk ke apa?haha

Hari ini saya nak kenang kembali cuti semester yang saya habiskan bersama keluarga yang tercinta. Yela, tadi terjumpa gambar2 pergi bercuti. Rasa tangan ni mudah je nak menaip entri ni. Sebenarnya percutian ni memang da dirancang. Daripada habiskan duit pergi luar negara, baik bercuti dalam negeri dahulu. Terutamanya daerah kelahiran sendiri. Bukan semua tempat kat Sabah telah saya jelajahi.. Sampaikan Gunung Kinabalu pun belum pernah daki laki. Kata orang, bukan orang sabah kalau tak daki gunung kinabalu.hahaha.. Tak merasa mendaki, pijak kaki gunung tu pun dah kira eloklah tu. Percutian kali ini sangat seronok kerana ini kali ke-2 saya pergi dengan keluarga saya. Masa pertama kali pergi tu sebab duk sibuk gngu orang honeymoon. Kali ini 100% kerana nak hilangkan segala masalah yang ada. amboi, ada ke? 

Agak jauh perjalanan pergi ke Kota Kinabalu ni. Hampir seharian dalam kereta. Macam-macam boleh rasa, nak muntah pun ada. 'i bagitau u jaahhhh, jalan ke sana macam ular kena palu u know'. Tapi yang penting semangat nak bercuti tu yang penting. Kali ni saya bukan nak bercerita mengenai Kota Kinabalu tetapi lebih fokus kepada Kundasang. Sangat seronok! Mengalahkan Cameron u all. Rasa nak pergi tak? senang je. Jangan risau sebenarnya jalan nak ke Kundasang memang senang sangat. Dari KK, korang ikut je signboard ke Tuaran------->Tamparuli--------->Ranau. Insya-Allah korang akan sampai di Pekan Nabalu. Tak susah pun, jalan lurus je. Tapi, saya nasihatkan, jalanlah waktu pagi. Kalau jalan malam sure korang menyesal. Cerita mengenai view kat sepanjang jalan pula memang sangat cantik dan strategik. Udaranya nyaman. So, kalau rasa nak berhoneymoon atau menenangkan fikiran tu, Haa boleh lah pergi ke sana. Dialu-alukan!

Kalau rasa nak bermalam kat sana lagi ok sebab kiri dan kanan macam jenis hotel, motel, chalet dan segala-galanya tersedia. Korang hanya perlu pilih je. Cuma kalau musim cuti ni, kena book awal sikit.. takut ada yang tidur di kaki Gunung Kinabalu pulak.haha

Ni hotel yang pernah kitorang book semasa pertama kali datang ke sini. Itu pun bernasib baik kerana tinggal hotel ni jela yang kosong. Hotel ni memang strategik.. Ditengah-tengah tempat menarik yang ada kat Kundasang.

selesa, nyaman dan menyeronokkan

Kali ke-2 kami menjejakkan kaki ke Kundasang agak serabut sikit, mundar mandir cari tempat penginapan. Yela masa tu cuti sekolah, sudah tentula ramai keluarga yang memanfaatkan cuti mereka bersama anak-anak. Bila abang saya cakap nak stay kat Kinabalu Pine Resort.. Rasa macam tak jejak tanah dah. Kenapa?tempat tu memang ramai berebut taw? Pemandangan yang sangat2 cantik..Tapi :( dapat berita buruk pulak. Abang sya cakap fully book dan saya?ahhh!! HANCUR HATI INI. Abang saya taw suma yang ada kat dalam kereta nak sangat stay kat situ. Terpancar wajah kekecewaan disitu. Cara abang saya tarik balik mood kami ialah, dia cakap kita bukannya nak tidur 'berhabis' kat situ. Kita tukar baju, mandi lepas tu round2 Kundasang kan? jadi, nanti bila kita pergi sini lagi.. Kita book awal ok? umm, boleh terima jugala alasan tu. PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN! Nak tunjuk gambar...





Kalau bukan Pine Resort, kat mana kami membawa diri? drive punya drive..tup2 jumpalah resort ni. Maii aii, gayat nak naik. Tinggi sangat! Resort tu betul-betul di atas kaki bukit. Wah.. mesti dapat tengok pemandangan tanaman segar dan view dari sini cantik untuk tengok G.K. Malas nak cerita panjang.. Tempat yang kami pergi masa tu banyak sangat tapi yang sangat berkesan di hati ni kat Kinabalu Park, Memorial Kundasang, Strwbery Garden, Rose Cabin, Desa cattle, umm...ammm....imm.. Banyakk lagi la.

Di Tempat Penginapan:

Good morning... Jangan lepaskan peluang tengok G.K



Jalan-jalan, jangan lupa singgah:


Tak rugi datang ke Kundasang, macam-macam ada.


 Sayur, Bunga, Keropok, Buah-buahan dan macam-macam lagi 100% dijamin segar

Desa cattle: Ladang Lembu:

Rasa macam terperlu pergi New Zealand. Segalanya ada di sini.


Makan malam kat Restoran Bandung:


Banyak lagi tempat2 yang menarik yang dah saya kunjungi. Tapi, gambar2 ni jela yang dapat dikongsikan bersama. Kalau ada rasa nak pergi ke Kundasang tu, buatla persiapan awal2. Kalau semua da sedia, apa lagi?? KITA ENJOY!!


Habiskan masa bersama keluarga lebih baik daripada melepak tak tentu hala ^_^

Menyinari seluruh alam

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua ^_^

Entri kali ini bukan calang-calang entri tetapi entri ini memberi 1001 makna yang besar dalam hidup saya iaitu  'Bertudung Labuh'. Alhamdulillah, sekarang saya berada dalam peringkat awal bertudung labuh. Bukan apa, sekarang ni koleksi tudung labuh saya &^%*&%$. Yang penting hidayah untuk memakai tudung labuh ni yang sangat saya nanti-nantikan dari dahulu lagi. Lama juga saya cuba untuk bertudung labuh tetapi baharu sekarang saya melaksanakan. Pemakaian tudung labuh ni dianggap sangat sensatif bagi sesetengah pihak. Kenapa? disebabkan kita bertudung labuh ramai mata-mata yang akan memerhati. mulala ada suara-suara yang sumbang kat belakang tu.

'eleh, baiklah sangat kan?'
'Eh, rimaslah tengok kau pakai tudung labuh, merosakkan pemandangan je
'Kau pakai karung ke apa tu?'

Tak kisah apa yang mereka katakan, jika hidayah itu datang, kekuatan juga akan menyerap keseluruh tubuh kita. Apabila kita sudah terbiasa memakainya, kadangkala terasa segan pula apabila memakai tudung yang lebih pendek dari itu. Insya-Allah semoga muslimah-muslimah diluar sana berazam dan seterusnya memakai tudung labuh. Ingat aib wanita ni sungguh besar.. Daripada kita buat diri kita berdosa dan orang yang memandang juga berdosa, baik kita tutup kan? Tiada paksaan dalam Islam, tetapi yakin bahawa yang indahlah yang harus kita kejar kerana setiap keindahan itu datangnya daripada setiap perubahan positif.

Saya nak kongsi bagaimana hati saya terbuka untuk bertudung labuh. Sebelum ini tak pernah terfikir untuk bertudung labuh tetapi atas pandangan seorang sahabat saya cuba muhasabah diri.

'Awak tak rasa nak bertudung labuh ke?'
'kenapa?'
'umur kita kan dah menjangkau 20-an, kalau nak cari yang soleh, solehahkanlah diri tu dulu'
'gluppppppp!!'

Ni situasi yang pernah saya lalui. Bukan sekali 'dia' menggalakan saya bertudung labuh tetapi berkali2. Malam tu juga saya muhasabah diri. Terasa kecilnya diri ini di mata sang pencipta. Air mata tak dapat dibendung lagi. Terdetik rasa hati saya ingin berubah tapi bukan hanya berubah untuk memakai tudung labuh tetapi menukar penampilan 360 darjah. Saya nak jauhkan segala kesilapan lalu yang telah saya lakukan. Rasa otak saya dah tak boleh terima da.. Tak kuat. Tetapi, saya gagahi diri untuk kebaikan diri saya sendiri. Kebahagian saya di dunia dan diakhirat. Jika bukan saya yang lakukan perubahan, siapa lagi?


Sem demi sem berlalu, banyak perubahan yang saya lihat depan mata saya sendiri. Tiba masanya saya menyuarakan hasrat saya kepada sahabat saya kerana saya tahu dia memahami apa yang terbuku dihari saya. Banyak yang kami cerita.. banyak... dan tak terhitung banyaknya. Kami selami dari hati ke hati. Rasa saat ini air mata mudah sangat jatuh. Saya minta petunjuk dari-Nya. Saya nak berubah tapi tak ada kekuatan. Baru-baru ini, semasa cuti sem.. saya balik ke kampung dengan azam yang baharu. Saya menjaga apa yang harus dijaga. Saya mendapat penerimaan yang sangat baik daripada keluarga saya. Mereka faham kenapa saya bertutup 24 jam, mereka menyokong. Dengan sokongan inilah membangkit semangat saya untuk berubah.

Selepas habis cuti sem, saya nekad nak jumpa 'akak' seorang ni.. Nak tanya dia macam2. Dia gembira dan reaksinya juga positif. Makin berbunga-bunga hati saya. Akak tu cakap, bertudung labuh bukan hanya nak tutp rambut tetapi menutup seluruh aib wanita yakni tubuh kecuali pergelangan tangan dan muka. Maksudnya, kena tuutp kecuali di samping orang yang mahram. Tutup juga disini bermaksud menutup sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh, baju tidak jarang. Tujuannya supaya terhindar dari segala perkara buruk yang dibenci Allah.

Saya ada terjumpa satu blog, pengalaman seseorang pelajar IPT yang berubah ke arah bertudung labuh. Saya terbaca satu ayat dari blog beliau yang membuatkan hati ini tersentuh lagi...

'Apabila kita bertudung labuh, tudung itu sendiri yang mengingatkan kita untuk menjaga akhlak dan ibadah'.

Bila difikir-fikir semula, betul juga. Kalau kita asyik dengan alasan rasa tak layak dan tak bersedia untuk pakai tudung labuh, sampai bila pun kita takkan laksanakan perkara yang wajib ni. Kita tak tahu ajal akan datang bila, mungkin ajal saya akan datang  tak lama lagi. Sebelum terlambat, bertaubat dengan sebenar2 taubat dan memohon kasih kepada Allah. Saya percaya ramai sahabat-sahabat yan hatinya telah lunak disapa bayu Hidayah Allah SWT. Semoga kita dalam golongan wanita yang solehah di mata Allah.


Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan benar ini. Pesanan saya, saya bukan yang terbaik tetapi berusaha menjadi yang terbaik. Ini hanyalah sebagai perkongsian kearah kebaikan. Allah telah berfirman bahawa perkara yang baik harus diuar-uarkan. Kuatkan hati dan semangat. Perbanyakkan berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang terpilih untuk memiliki hidayahNya. Bersyukur jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.

Sahabat saya seorang ini banyak bagi panduan kepada saya. Panduan ini juga boleh diamalkan oleh semua muslimah. perubahan itu mulanya dari bawah jadi, dia bagi tips-tips macam mana dia berubah. Saya kongsikan tipsnya.

1. Mulakan dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan. Berbaju longgar dan elakkan memakai Jeans.
2. Sertai usrah. Ramai kakak-kakak yang dapat membimbing kita agar hati tidak mudah terpesong.
3. Aktif mendengar ceramah dan cari lebih ramai kawan.
4. Memperbaiki ibadah-ibadah asas.
5. Perbanyakkan bacaan al-Quran (mengaji) dan dapatkan tafsir mini.
6. Bila hati sudah yakin, mulakan langkah perbaiki diri. Pakailah baju muslimah yang sesuai.
7. Mulakan pemakaian tudung bidang 50 atau pashmina (pilih yang tidak menarik orang melihat kita)
8. Seterusnya bolehlah memakai bidang 60----> tudung labuh berjahit.





Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Berubahnya kita tidak menjadikan kita tidak boleh melakukan apa saja. Saya terbaca post seorang kakak. Dia bertanya, dia mula bertudung labuh tetapi dia suka melakukan aktiviti lasak. jawapan daripada seorang ustazah: Islam itu mudah, tidak bermakna kita bertudung labuh membataskan pergerakan. Masuk wataniah pun digalakkan cuma jaga penampilan anda.


#Hanya mampu berdoa agar dosa-dosa yang lepas diampunkan dan Allah telah memberikan jalan yang terbaik untuk membetulkan diri lalai ini. Berikan aku kekuatan untuk menetapkan pendirian diri dan ketetapan hati. Diharap takkan terkubur lagi niat ini..
# Berubah perlahan-lahan sebab kos nak tukar baju dan semua koleksi tudung sangat tinggi. Insya-Allah, terasa ingin ingin dekat denganMu Ya Allah.

Kalau ekonomi dah kukuh, nak cepat2 tukar semua koleksi bawal..

Tawakal

Assalamualaikum dan salam semanis lolipop

Entri kali ini, saya nak crita mngenai kisah tawakal yang pernah saya baca sebelum ini. Kisah ini benar-benar menarik hati saya kerana kisah tawakal ini bukan melibatkan tawakal seorang manusia tetapi tawakkal seekor semut. Hebat bukan? mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana semut ini bertawakal? Perlu diingat setiap hidupan yang dicipta Allah, pasti ada cara tersendiri untuk bertawakal. Mari inuti kisah semut ini ^_^



Kisah berlaku pada zaman Nabi Sulaiman. As we all know, Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kelebihan iaitu dapat memahami bahasa haiwan. Ceritanya begini..

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam temph setahun. Semut menjawab, ia hanya memerlukan satu butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukan semut itu ke dalam botol yang berisi gula sebesar sebutir gandum manakala botol tersebut ditutup.

Setelah genap setahun, botol tersebut dibuka. Nabi Sulaiman mendapati semut itu hanya memakan separuh daripada gula tersebut. Nabi Sulaiman menjadu hairan lalu bertanya, "Bukankah dulu kau menyatakan bahawa kau memerlukan makanan sebesar butir gandum untuk tempoh setahun? Mengapa hanya separuh sahaja yang kau habiskan?".

Sang semut menjelaskan sekiranya ia berasa di luar sana, rezekinya sudah dijamin Allah. Oleh itu, dia tidak perlu risau akan hakikat itu kerana Allah akan mencukupkan rezekinya. Tetapi, apabila berada di dalam boto, rezeki itu belum tentu dijaga. Kerana mungkin Nabi Sulaiman lupa untuk mengeluarkan ia selepas setahun. Untuk mengambil langkah berjaga-jaga, semut hanya mengambil separuh daripada makanan yang telah dibekalkan. Takut seandainya Nabi Sulaiman lupa, apa terjadi pada dirinya?

Di sini kita boleh tengok si semut lebih yakin dengan jaminan Allah ketika berada di luar botol berbanding apabila berada di dalam botol. Disebabkan itulah, untuk menghadapi sebarang kemungkinan si Semut hanya memakan separuh daripadanya.

Dapat saya simpulkan di sini bahawa sifat tawakal yang diberikan oleh Semut harus kita pelajari dan amalkan. Jangan terlalu bergantung kepada pemberian orang lain. Kita letak sepenuhnya kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yang kita inginkan. Seterusnya, di dunia ini, pelbagai cabaran yang harus kita tempuhi dan tidak ada manusia yang berada di dalam zon selamat. Harus diketahui iman manusia boleh berubah-ubah jika tidak dibajai dengan baja yang sepatutnya. Berusaha memperbaiki diri, tawakal dengan setiap apa yang dilakukan dan berusaha menjadi yang terbaik.

Islam itu indah dan mudah tetapi manusia yang merumitkannya.




Jatuh Cinta

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua ^_^

Jatuh cinta? amboi... kalau pasal cinta2 ni, ramai je yang suka baca kan? tapi entri kali ini bukan pasal jatuh or terjatuh cinta kat seseorang. TETAPI nak habaq mai, Saya jatuh cinta kat kuih moden ni. Dah macam dah trend makan kuih ni. Bila search google, ramai je berkongsi resepi dan puji keenakannya. Apakah?cuba teka?




Yeye..betul! bagi sesiapa yang xpernah dengar, xpernah nampak dan tak pernah rasa.. ha, inilah durian crepe. nak habaq mai.. serius, 2 rius memang sangat sedap. Tapi bagi sesiapa yang xsuka makan durian tu jangan risau crepe ni banyak perisa tau. Perisa coklat dan strwberi pun ada. ok, sekarang ada rasa mcm nak berlari keluar dan cari durian crepe tak?

Saya pun baru je tahu pasal durian crepe ni. Kalau bukan kerana sahabat seorang ni, tak merasa dan tak tahu kot. Yela, baru je lepas solat maghrib.. sahabat saya a.k.a jiran a.k.a clasmet saya masuk ke bilik sambil buat muka (tersengih2). Wah.. rupa2nya ada sesuatu untuk saya dan rakan sebilik. Bila rasa tu sekali pasti nak lagi. Perasaan masa tu, macam ni buat galop 100x pusingan je. kerana apa? saya peminat tegar durian! Eh! nak tnjuk dulu sahabt yang pemurah ni ^_^

kalau bukan dia, tak merasala durian crepe ni

Ramai yang berniaga durian crepe ni. Bukan main meriah lagi kat blog dan facebook. segala puji-pujian orang ramai boleh meruntuhkan tembok besar cina. Kini, ianya telah menjadi bualan rakyat Malaysia khususnya di alam maya. Bagi yang duduk kat KL, tempat yang saya tahu ada menjuak durian crepe yang super duper sedap dan asli kat Midvalley dan Masjid Jamek.

#Bagi yang nak cuba2 sendiri pun boleh. Cari je kat google.. macam2 versi ada. Selamat mencuba 

Makan je selagi mampu...


Soleh dan Solehah


Assalamualaikum dan Salam semanis buah kiwi ^_^


Dalam fasa dua puluhan ni, perkahwinan itu menjadi tajuk penting dalam apa-apa topik perbualan. Kekadang, apabila kita sibuk bercakap soal itu ini.. di akhir topik nanti, kita diuji bab soal kahwin pula. Bila mahu kahwin? Sudah berkahwin atau belum? Dan pelbagai lagi soalan-soalan yang berkembar dengannya. Begitulah kehidupan. Mungkin, apabila buah sudah masak… sudah masanya untuk disabit.
Akil baligh, selalunya disinonimkan dengan perkahwinan. Katanya, sudah sampai masa. Sampai seru! Tetapi, usah kita lupa perihal akil baligh ini. Ia bukanlah soal kita sudah boleh berkahwin ataupun tidak. Ia adalah soal tanggungjawab. Ya. Tanggungjawab yang dimaksudkan, bukanlah semata-mata menjaga anak orang sahaja.
Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah, matang dalam bertanggungjawab. Antara tanggungjawab kita sebagai seorang hamba terhadap DIA. Bagaimana mungkin seorang hamba itu boleh bertanggungjawab ke atas makhluk lain, sedangkan dia melepaskan tanggungjawabnya terhadap Tuhannya? Jadi, yang utama jangan kita abaikan. Insya-Allah, yang kemudian akan dipermudahkan.

Sebelum kahwin
Ramai yang berusaha mencari pasangan hidup masing-masing. Ia satu usaha yang baik dan relevan. Sehinggakan, statement mencari bakal imam dan bakal makmum bermain di dunia maya. Hampir setiap masa, sentiasa ada. Dalam mencari pasangan hidup boleh dikatakan semua insan mahukan yang terbaik.
Mahukan yang begitu, mahukan begini, faham-fahamlah sendiri. Tetapi, dalam proses mencari pasangan hidup, ramai yang bercita-cita besar untuk mendapatkan yang baik-baik, dan soleh solehah. Jika boleh, pasangan yang diinginkan nanti, seorang yang boleh solat berjemaah bersama-sama, taat kepada orang tua, menutup aurat dengan sempurna, bijak dalam bab agama, boleh membimbing, dan lain-lain lagi.
Itu baru sifat luaran yang boleh kita perlihatkan. Tetapi sifat dalaman pula, tidak ketinggalan. Segelintir daripada kita, mahukan kualiti. Sifat sabar, pemurah, sopan santun, syukur, redha, takwa… wah! Teropong hatilah jawabnya.
Selepas berkahwin
Suami isteri juga tidak ketinggalan. Kerana, pasangan suami isteri selalunya inginkan keluarga mereka menjadi baik. Sebuah keluarga yang taat dan patuh pada agama, keluarga sakinah. Si bapa, inginkan isteri dan anak-anak menjadi insan yang berguna. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Jika tidak si ibu, si anak juga sama. Fitrah manusia yang cintakan kebaikan!
Jadikanlah diri kita Soleh dan solehah. Berkeinginan, tidaklah salah. Yang salah adalah, apabila kita mengabaikan diri dan taksub pada keinginan diri semata-mata. Bersederhanalah dalam berkeinginan. Kerana, kita semua tidaklah sempurna!
Dalam proses menjadi baik, soleh dan solehah. Ia adalah proses yang berterusan. Mungkin, bakal pasangan atau ahli keluarga kita pada hari ini cuma baik pada satu sudut sahaja. Tetapi, tidaklah mustahil pada kemudian hari bakal pasangan serta ahli keluarga kita menjadi lebih baik lagi! Belajar dan terus belajar.
Bermula dengan diri sendiri dahulu. Ia adalah proses yang baik dan tepat. Kerana, kebergangtungan pada diri sendiri adalah lebih utama berbanding bergantung pada orang lain. Andai kita bergantung sepenuhnya pada bakal pasangan kita serta ahli keluarga begitu dan begini, boleh jadi, kita dapat sebaliknya.
Kekecewaan mempengaruhi perasaan. Muhasabah diri. Jika kita inginkan yang baik, kita perlu jadi baik terlebih dahulu. Jika kita rasa diri sudah baik, tetapi jawapan masih lagi belum tiba.. ia bermakna Tuhan ingin memberikan kita pasangan yang jauh lebih baik. Sekian…


(ingin menjadi yang halal untukmu )

Dilema seorang bakal guru

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul ^_^

Petang ni terasa ringan pula tangan untuk menaip entri mengenai 'open market' ni. Isu ni semmgnya sudah lama diperdebatkan. Cuma sekarang baharu nak digunakan di Malaysia ni. 'Open market'? apa tu? haa.... saya bagi contoh yang agak mudah. Untuk pengetahuan semua, guru pelatih keluaran Institut Pendidikan Guru telah dijamin penempatannya apabila selesai menghabiskan pengajian selama 5 tahun setengah. Tetapi, kali ini kerajaan kita membuka isu 'open market' kepada semua IPTS/IPTS iaitu TIADA LAGI PENEMPATAN KHAS UNTUK BAKAL GURU. Maksudnya disini, jikalau nak posting, bakal2 guru ni kenalah bersaing secara hebat dengan seluruh Universiti di Malaysia. 

Sebenarnya, banyak juga implikasi baik dan buruknya mengenai isu ni. Yela, cuba fikir kenapa pengambilan jawatan awam lain tak ada masalah pulak. Mereka senang-senang je training lepas tu terus posting on the dot. Tak adalah mereka sempat makan angin macam bakal cikgu ni.hehehe. Pengambilan guru sampai mencecah puluhan ribu tetapi bila posting ramai yang tanam anggur macam tu je. Tapi, kita kena percaya REZEKI ADA DI MANA-MANA. Bila Allah dah tentukan, kita harus redha.

Seterusnya, kebaikannya pula.. Pensyarah saya ada bahaskan isu ni. Saya setuju pendapat mereka yang mengatakan ada kebaikannya kerajaan buat macm ni. Yela, pasti ramai bakal guru yang akan sedar betapa 'open market' ini menjadikan mereka kena berkerja keras dan berusaha menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Jadi tak adalah yang belajar sambil lewa. Gagal ke tak ke terus serap je ke dalam sekolah. hadooii.. kecian anak murid, tak berkembanglah nampaknya. Inilah masanya kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pedagogi. Bila tiba ditemu duga nanti, tak nampak berkarat lah selama 5 tahaun setengah ni. Kalau cikgu tak ada ilmu yang cukup, macam mana nak mengajar?

Now, buktikan pada dunia bahawasanya profesion guru ini bukannya satu profesion yang harus dipandang rendah. Tanamkan rasa bangga menjadi guru. Walaupun gaji taklah seberapa tetapi, demi nusa dan bangsa kita harus ikhlas..Yehh!! Bila da posting nanti, jangan ingat kerja seseorang guru ini mudah seperti yang digambarkan tetapi................

1. apabila murid ingin menyertai pertandingan, guru jadi JURULATIH.
2. semasa pertandingan bola, guru menjadi PENGADIL.
3. Apabila persembahan hari guru, guru menjadi KOMPOSER.
4. Apabila tiba masa RMT, guru jadi PELAYAN.
5. Semasa murid membuat persembahan, guru menjadi JURUGAMBAR.
6. Semasa peralatan sekolah rosak, guru menjadi TUKANG KAYU.
7. Semasa murid sakit, guru menjadi DOKTOR.
8. Semasa murid muntah dalam kelas, guru menjadi TUKANG CUCI.
9. Semasa murid ada masalah, guru menjadi IBU BAPA.
10. Semasa murid mencuri, guru menjadi DETEKTIF.
11. Semasa perkhemahan, guru menjadi TENTERA.
12. Semasa murid merentas desa, guru menjadi POLIS TRAFIK.
13. semasa murid bergaduh, guru menjadi HAKIM.
14. Semasa murid bersedih, guru menjadi PELAWAK.
15. Semasa gotong royong di sekolah, guru menjadi TUKANG KEBUN.

sekarang, tugas guru bukan setakat mendidik tetapi menjalankan pelbagai tugasan. Hanya guru sahaja yang tahu cabaran dan tanggungjawab yang harus dipikul. Betapa besarnya pengorbanan seorang guru. Inilah satu-satunya pekerjaan yang sangat Mulia dan dipandang tinggi oleh-Nya (ada rasa nak jadi guru tak?).


# SAYA BANGGA MENJADI GURU


Selamat menyambut maulidur Rasul 2013

Assalamualaikum dan salam semanis buah Epal ^_^

Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah yang telah mengurniakan kita dengan nikmat yang paling agung iaitu nikmat IMAN.
Selawat dan salam buat junjungan tercinta yang telah memberikan teladan yang terbaik dalam segala hal dalam kehidupan terutamanya teladan yang mulia untuk para pendakwah sepanjang zaman. Tidak lupa kepada generasi yang menyelusuri Islam sehingga hari ini. Hari ini, saya ingin kongsikan keikhlasan dan akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita sebagai pengajaran. Semoga kita manfaatkan dan amalkan akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita sebagai pengajaran. Semoga kita memahami apa ilmu yang disampaikan oleh Nabi junjungan kepada kita. 

Saya ingin kongsikan kepada anda amalan Rasulullah yang boleh kita ikuti untuk kejayaan didunia dan diakhirat ^_^

1.Tahajjud
2. Membaca Al-Quran
3. Solat jemaah di masjid
4. Sedekah setiap hari
5. Jaga wudhu secara berterusan
6. Amalkan istiqar setiap hari
7. Solat dhuha

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW yang kebiasaanya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan pelbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah.

# Cuti-cuti juga, kerja rumah jangan lupa siapkan

PENCORAK KEGEMBIRAAN SAYA

Assalamualaikum dan salam sayang dari kejauhan... ^_^

Entri peluru berpandu yang tak pandai berhenti2.. Terlalu excited nak tnjuk sahabat sorng ni. Dia sahabat tika suka dan duka, Sahabt gosip gegurl.haha, sahabat pakar motivasi, sahabat pencetus idea..Eh! pokok, buah, akarnya.. DIALAH SEGALANYA. 
entri sblum ni mengenai sahabt 5 orang tu tapi yang ni tambah sorng lagi.. Bahagianya dapat sahabt ramai2kan? yela, sahabat 'Setia hujung nyawa' ni susa nak dapat. Sblum tu, meh tngok sapa dia..







Dialah Sahabat seAsrama, searas, Semaktab, Sekelas... dan segala 'se' sedunia. Gambar ni diambil semasa menunggu kelas seterusnya. Tak tau nak buat apa, snap2 gambarla lakunya.

Kembali kepada entri, 
'Dia' sebahagian dari hati ini.. Sahabat yang mula2 rapat dgn saya pun diala orangnya. Jika saya ada masalah dialah tempat saya luahkan selain sahabat ber5 tu. Susah senang kami bersama. susah saya nak cari sahabat macam dia. Kami gelak bersama-sama, menangis bersama-sama. Dia lembut orangnya (ayu), happy go lucky dan seorang yang sangat bersemangat. Dia selalu happy namun dalam sedihnya dia bijak menyembunyikan perasaan sedihnya itu depan aku. Boleh anggap dia ni wanita melayu terakhir yang sukar mengungkapkan cinta lagi2 jatuh cinta. Bes kan?

#Aku sentiasa doakan kebahagiaanmu sahabat. Senyum mu penawar bagi segala kesedihan ^_^




 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa