Fenomena Listen, listen, listen

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua ^_^

Entri kali ini merupakan satu fenomena yang sangat2 hangat diperkatakan di Malaysia. Agak lucu juga apabila ramai rakan2 sekuliah menggunakan prkataan listen, listen, listen untuk menarik perhatian rakan2 semasa sesi pembentangan. Tak sangka dengan hanya 3 perkataan tu je, tup3 jadi fenomena da. Hebat la!


Bagaimana 3 perkataan itu boleh jadi fenomena di Malaysia? mengalahkan PSY pulak ye. Sorang pelajar iaitu Bawani telah berdiri dengan lantang dan berani mengajukan soalan mengenai pendidikan percuma di Malaysia. Beliau juga menggangap bahawa PTPTN adalah tidak releven lagi untuk rakyat Malaysia? Double what?? PENDIDIKAN PERCUMA?!

Ramai nak tahu siapa sebenarnya Sharifah Zohra ni yang mencetuskan fenomena 'Listen' di laman sosial. Forum yang bertajuk 'Seiringkah mahasiswa berpolitik' telah menimbulkan kontroversi. Apabila amarah menguasai diri dan tidak dapat menjawab soalan daripada mahasiswa tersebut, maka muncullah kata2 keramat 'Listen' yang acap kali diulang.


#setiap orang ada pendapat dan hak untuk bersuara. Cuma, apabila kita lihat semula fenomena ini dapat disimpulkan bahawa adab ketika menyoal dan menjawab itu penting. Malaysia kan kaya dgn budi bahasa.. jadi, Kekalkannya ^_^





No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa