Padamu.....

Seorang yang kusayangi kerana kelembutan hatinya
seorang yang kucintai kerana keindahan akhlaknya
seorang yang kusanjungi kerana kehalusan budinya
seorang yang kukagumi kerana kesantunan  sikapnya
seorang yang kupuja kerana kesederhanaanya
seorang yang menerimaku seikhlas hatinya

Yang tidak pernah menduakan diriku sehingga akhir hayat
Menjadi penghibur suka dan duka
Peneman setia mendengar segala keluh dan kesah
Mempertahankan  nyawa untuk harga dirinya
Setia sentiasa untuk diriku

akan kujanji setia sehingga malaikat maut mencabut nyawaku


Sungguh aku tidak tahu perancangan-Mu
Kuharap akan ketemuinya. 



*Segala perancangan-Mu sungguh sangat indah*.

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa