Penantian yang tiada penghujungnya

Assalamualaikum dan Salam semanis buah kurma..

Apa pula entri kali ini? Tak habis2 lagi ke?hahaha... Mana boleh habis sayang oii. Selagi jari jemari ini mampu menekan apa yang patut ditekan, selagi itulah entri demi entri korang HARUS baca. Kalau tak nak baca pun tak apa. Kan saya kata HARUS bukan WAJIB. ^_^

Penantian yang tiada penghujungnya? Apa maksudnya tu? ha! kali ini saya nak kongsi sesuatu yang memberi impak yang sangat mendalam kepada diri saya. Saya bukannya manusia yang sempurna, jauh sekali yang baik. Saya kadang kala alpa dan terus menerus melakukan kesilapan. Namun Allah Maha Penyayang, berkali-kali Dia membawa saya ke jalan yang sepatutnya. Dia datangkan di depan saya manusia-manusia yang bertuah diberi peluang untuk berubah.

Jadilah wanita yang sejuk mata memandang

BERUBAH. Bukan satu perkara yang senang. Memerlukan keimanan yang teguh. Ya, saya sudah berulang kali mencuba dan terus mencuba.. Tidak perlu saya tunjuk atau mempamerkan sejauhmana saya mencuba untuk menjadi lebih baik kerana matlamat saya ialah menjadi lebih baik di mataNya. Dia yang akan menilai kita di akhirat kelak. Saya hanya ingin berkongsi kepada anda apa yang saya rasa dan anda juga harus rasa. Ya! kawan saya pernah cakap kat saya, umur wanita awal 20-an ini lah yang rasa gatal sana sini. Maksud saya, gatal ingin bercinta. Cinta itu terlalu subjektif dan mendalam maknanya. Jikalau saya bercerita mengenai apa itu cinta, Sah! 7 keturunan entri ini tak habis-habis. Sanggup ke nak baca? haha

Baiklah, berbalik kepada topik sebenar. Tipu kalau saya menidakkan perasaan CINTA yang wujud dalam hati saya. Masa bercinta itu semua manis-manis belaka. Apa yang dibuat semuanya manis.. wujud pula perkataan, 'BF kau SOOOOO SWEET'. Bila bercinta tak pernah berenggang, kehulur kehilir bersama-sama. Sampaikan ada pasangan tu, nak pergi tandas call 'couple' dulu. "sayang, ayg nak pergi tandas, boleh tak?'ada ke?? Yela, couple punya pasal.. lautan api sanggup kurenangi..demi kau seorang sayang. Lepas tu, janji itu ini. Konon nak pergi ke jinjang pelamin dan melayari bahtera kebahagiaan bersama-sama. Dah lumrah orang bercinta, lepas kahwin tup2.. 'Eh, minah tu baru je 3 hari kahwin dah bercerai'. Alamak! siapa nak jawab? Dalam bercinta pula, minta pasangan supaya hubungan mereka diredhai Allah. Redha ke Murka ni? confius2..


Seperti yang saya katakan tadi, saya juga seorang manusia yang biasa yang ingin menyebarkan kebenaran dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Jujur saya katakan, lama juga saya bercinta ni.. Bila ada yang tahu KAMI dah putus, mula lah ramai yang tnya..

"kenapa putus?"
"dia baik sngat kat kau, sayang nya..."
"kau ni, da ada yang terbaik, buat2 buta pulak"
"Kau dah kenapa? ada yang baharu ke?"
"wei, korang gaduh ke?"

Pada suatu hari, saya seperti baru terhantuk kat dinding 20x.. Baru tersedar dari realiti kehidupan.. Bertapa berdosanya saya selama ini berhubung dengan lelaki yang bukan mahram bagi saya. Keluar berdua-duaan, Bertelefon siang malam.. Kecian kat Ibu Bapa kita, nak ke semua dosa kita mereka yang tanggung? dah baik2 ibu bapa kita didk kita tapi anaknya tak sedar2 juga. Walaupun hubungan saya dan dia direstui ibu bapa kami tapi jangan melihat kebaikan itu sahaja tapi lihat pula apa pandangan Allah kepada hubungan ini. Halal ke? Sweet la tu ye? Tak heran pun bila mereka mula salahkan saya dalam hal ni. Yela, dalam hubungan 'dia' banyak memberi.. baik dan terlalu baik. Sekarang mungkin, tapi suatu hari nanti macam mana? takut bila Allah nak duga kita, 360 darjah hubungan yang tak sah ini akan berubah menjadi dilema yang tiada kesudahannya.

Dia kata saya harus berubah? berubah apanya? saya tak boleh berubah kalau masih dalam menjalinkan cinta tidak halal ini. Bukan ka sama juga, berubah menutup sana sini tapi hati kita masih dengan lelaki yang tidak halal untuk kita. Bila ditanya:

"awak sayang saya berapa banyak?"
"sayang sangat"


Awak2 sekalian, sayang awak kepada Allah tangga ke berapa erk?Sentap! Saya cuba dan terus mencuba berbicara dari hati ke hati mengenai pendapat saya mengenai BERCINTA SEBELUM MASANYA. Penerimaannya agak baik walaupun pada awlnya agak sukar namun dalil2 yang saya nyatakan cukup kuat untuk dia menerimanya. Saya tahu jikalau saya menjalinkan hubungan 10 tahun pun, kalau bukan jodoh saya dengan dia..nak buat macam mana? sia2 kan? Jadi, sebelum ianya terjadi.. saya ambil langkah yang lebih baik. Perubahan itu mengambil masa.. begitu juga saya.. lama dan sungguh lama. dan sekarang, jeng3x, saya dah CUKUP KUAT!

Wanita tak selamanya lemah

Kini, saya dah bersedia menghadapi segala cabaran yang mendatang. Saya berharap agar Allah menetapkan hati saya dalam golongan wanita yang solehah. Kalau iya pun nak bercinta, cinta selepas nikah itu indah.. banyak sngat dah contoh-contoh yang boleh kita lihat.. contohnya http://denakamarulbahrin.blogspot.com/.
Bahagia kan? sweet je tngok dorng. Mesti terlintas difikiran, macam mana nak tahu bakal suami kita tu baik kalau kita kenal dia lepas nikah? kang..habis periuk belangga pecah. Soalan yang baik! Tau tak? pernah dengar tak wanita yang baik, hanya untuk lelaki yang baik. Begitu juga sebaliknya. Jadi, perbaiki diri anda jika mahu mendapatkan yang terbaik. Insya-Allah.

Kepada bakal imamku, 
jaga hatimu. Jangan risau, aku berusaha juga untuk menjaga hati dan imanku. Aku harap kita bakal menjadi yang soleh dan solehah serta diredhai Allah.

Kepada bakal imamku, 
Jangan engkau risau. Jika benar kau jodohku, aku masih tetap disini dan setia menantimu untuk membawa aku melayari bahtera yang bahagia.

Kepada bakal imamku, 
aku tidak seperti wanita diluar sana. Cantik, lemah lembut, dan sopan tutur katanya. Tetaoi, aku janji kepadamu bahawa aku cantik dimata Allah bukan manusia.

Kepada bakal imamku, 
aku tidak sebijak Siti Khadijah. Maafku pohon kepadamu. Sabarlah menghadapiku, jangan marah kepadaku, bimbinglah aku..pasti aku tidak akan membangkangmu.

Kepada bakal imamku
aku minta kau perbaiki dirimu. Aku ingin kau bimbing diriku.. sesungguhnya banyak kekurangan dalam diriku ini.

penantian yang tiada penghujungnya

#Saya bahagia sekarang. Jauh lebih bahagia. Mak Bapa selalu bagi nasihat kat saya. Kawan2? tak pyah cakapla... xminta pun.. confirm dorng nasihatkan. BTW, saya sayang kat kawan2 saya. Dorang yang banyak membuka pintu hati saya. TERIMA KASIH SAHABAT!

Tak perlu rasa iri hati dengan kebahagiaan orang lain.. SENYUM2 SELALU

12 comments:

  1. assalamualaikum..
    terbaik boh..
    bnda baik in sha allah, allah akan tolong..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya doakan yg terbaik utk awak dan semua orang... :)

      Delete
  2. alhamdulilah fyie...allah sentiasa beri laluan utk yg memerlukan..:D

    cinta selepas nikah..<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeh! cinta selepas nikah... jOm sama2 kejar cinta selepas nikah 2...

      Delete
  3. bestnya! terharu! ni kali la~ memang sangat2 sweet fy. tahniah! bersyukurla sebab Allah bagi kekuatan kepada kalian berdua. jujur, memang tersentap habis baca entri ni. boleh dijadikan perkongsian buat si dia. huhu. semoga kita sama-sama diberkati Allah. jom bercinta selepas nikah~! :)

    #mari menjadi hamba - hilal asyraf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih denk... Memang agak sukar untuk kita melakukan sesuatu kebaikan tapi bila kita rnung2kan kembali pasti dapat membuka mata hati kita. Jadi, berdoalah agar kita sama2 ditmpatkan dalm golongan yang sentisa berada djalan keredhaanya. JoM KEJAR CINTA ALLAH

      Delete
  4. Alhamdulilah...semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  5. Penulisan yang menarik dan mampu memberikan motivasi. Semoga terus kuat dan mujahadah. Akak juga pernah khilaf. Sungguh, mujahadah tak semudah tika bermadah. Sentiasa berdoa banyak2.

    Semoga anda, dia, mereka, kita, kami, terus berada di jalannya.. :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kak ^_^
    Saya sedang berusaha sebaik mungkin. Memang tak mudah tapi tiada yang mustahil didunia ini selagi kita dikelilingi orang2 yang mampu memberikan kita kekuatan.

    ^_^ Kebahagian itu akan datang jika kita ikhlas kan? Insya-Allah

    ReplyDelete
  7. Benar.. Insya-Allah. Akak faham.. Kerana suntikan motivasi dari kata2 ini "mujahadah tak semudah tika bermadah" dari seorang daie, akak mula sedar. Banyak janji yg diungkapkan pada ALLAH tapi tak pernah kekal dan ditunaikan. Berharap untuk treus kuat.

    Bersyukur punya sahabat2 seperti ini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^ bnyk lagi fifi kena blajar kak..
      muslimah2 mcm akak la ni yg bole jd contoh utk fifi.
      fifi skong apa akak ckp 2, smoga kita sama2 dapat mengecapi kemanisan iman dan indahnya syurga Allah. ^_^

      Sayang akak

      Delete

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa