ASSALAMUALAIKUM..
buat awak yang mahu berubah :
BERUBAH ITU SUKAR NAMUN SYURGA ITU INDAH :)
Perubahan merupakan sesuatu yang indah jika ianya disaluti keimanan, dibaluti keikhlasan dan disulami rasa pasrah. Namun apabila perubahan itu terjadi, ramai yang akan menyokong mahupun menolaknya kerana sememngnya sifat manusia yang sukar menerima sesuatu dan tidak memikirkan alasannya.
perubahan bukannya terletak ditangan DIA! KAMU! atau ANDA! namun, ianya sangat indah dan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda di akhirat sana. Indahnya janji Allah, Manisnya perubahan. Insya-Allah, jikalau kita bersedia dan berdoa agar dia membuka pintu hati kita untuk berubah, Maka kekuatan itu harus ada.
RIBUT??
TAUFAN?
atau apa sahaja... hadapinya dengan rasa keimanan yang menebal di dalam hati.
Kepada sahabat-sahabat, adik-adik serta kakak-kakak yang dikasihi Allah, pilihlah untuk menjadi hamba-hambaNya:
Renungilah firman Allah;“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]
seperti yang saya katakan tadi, kuatkan hati anda. bukan semua orang yang mendapat hidayahnya. bersyukurlah jika kita insan-insan yang terpilih itu. Insya-Allah.. :)
" DAN BERBELLANJALAH (APA YANG ADA PADA KAMU) KERANA (MENEGGAKKAN) AGAMA ALLAH, DAN JANGANLAH KAMU SENGAJA MENCAMPAKKAN DIRI KAMU KE DALAM BAHAYA KEBINASAAN, DAN BAIKILAH (DENGAN SEBAIK-BAIKNYA SEGALA USAHA DAN) PERBUATAN KAMU, KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MEMPERBAIKI AMALANYA" surah Al-Baqarah 2:195
No comments:
Post a Comment