Cinta VS Kebahagiaan

Assalamualaikum dan Salam semanis Lolipop ^_^

Rasa lama tak tulis entri baharu walaupun syok sendiri konon-kononnya ada yang minat untuk membacanya. Tapi tak apa, saya pegang satu ayat ni.."tak mengapa jika ada yang tak suka asalkan kita ENJOYYY!" Yeh! sila tekankan perkataan enjoy tu ok?

Minggu lalu rasa nak buat entri bahru.. tapi, asalkan nak taip je, mesti tiba-tiba ingat ada krja yang lebih pnting kena didahulukan dulu. Amcam? rajin kan saya? agak-agaknya boleh jadi calon menantu pilihan tak?haha..Ok CUKUP!! kita kmbali kpada fokus utama.. yang kat atas tu, fokus sampingan je. Kali ini saya menulis dan terus menulis mengikut kata hati saya. Kata hati saya cakap "fifi sambungla crita pasal entri yang lalu, masih gantunglaa..." 

Ok! saya tahu saya comel..

Tadi semasa saya sibuk mengemas bilik sambil bernyanyi riang, tiba-tiba lidah saya tergigit. Aduh! sakit tak payah cerita, rasa macam nak putus pun ada. Lepas habis buat kerja, saya terus berdiri depan cermin. Bukan nak ukur tahap kecomelan saya sebab dah comel da pun, tapi... nak tngok lidah ni ok ke tak. tapi, 1 perkara lagi yang saya suka ni, bulu mata saya jatuh. Alamak! kata orang kalau lidah tergigit dan bulu mata jatuh, ADA ORANG RINDU. YahooOO! Siapa ye? amboi.. awak yang sedang membaca ni! jangan nak fikir bukan2, sudah tentulah Mak bapa saya yang rindu. Saya cepat2 ambil HP.. hajat nak kol mak. Betul la dugaan saya, mak cakap dia  rindu saya la! Bahagianya saya. 

See? dia suka buat muka bila saya da mula berceloteh. Rindu kat dia!!

Saya sememangnya seorang wanita yang sangat bahagia. Sampaikan pada 1 tahap rasa mcam nak masuk hospital bahagia je.haha Nak habaq mai, kawan-kawan saya cakap, saya seorang yang tabah! Betul ke?? Sya wanita yang biasa kadangkala ada perkara yang jadikan saya lebih senstif dan adakalanya menjadikan kita lebih tabah untuk mara ke hadapan. Senang cerita macm ni lah, dorng tanya takkan saya tak sedih kot.. lepas semua terjadi, nampak makin bahagia pula. Apa rahsianya? Saya bagi tips tau..tapi, lepas baca ni SILA MASUKAN BAYARAN KE AKAUN SAYA

KATAKAN YA PADA:
1. Senyum selalu (kena pada tempatnya)
2. Ungkapkan kata2 yang membangunkan sahabat
3. Kesediaanmu duduk untuk bersama al-quran dan membacanya.
4. Kesediaanmu berzikir, beristiqhfar untuk bertaubat kepadanya.
5. rasa malumu & hijab
6. Pergaulan yang baik
7. Doa dari Ibu Bapa

Tips inilah yang menjadikan saya WANITA PALING BAHAGIA bukan WANITA BAHAGIA. Dapat beza tak? Saya pasti wanita diluar sana juga ingin mengecapi erti kebahagiaan. Jadi, jika anda sudah bersedia untuk berubah dan melepaskannya, jangan menangis pada tempat yang salah, menangislah apabila tangisan anda boleh memberi pahala kepada anda. Jangan kerana cinta manusia, rasa nak berlari tanpa henti, bunuh diri, minum racun... FRUST MENONGGENG. Kenapa perlu menangis saat putus cinta? Terima dengan hati terbuka wahai sahabat... ingat, disebalik semua ini ada 1001 hikmah yang menanti anda. Lepas putus cinta, ada pula mencarut dengan sumpahan yang sangat tidak sedap untuk didengar. Astaqfirullahalazim... 


Wahai rakan seagamaku, tidak perlu ditangis cinta yang belum halal bagimu. Simpan air mata untuk kau tangisi kejahilanmu selama ini terhadap Allah. Ataupun simpan air matamu untuk akad nikah nanti..haha


#Pesanan saya: Cinta tanpa akad nikah belum pasti bertemu kebahagiaan.. akan tetapi, jodoh yang diikit dengan akad nikah pasti bertemu kebahagiaan. Jangan risau, Allah dah tetapkan jodoh untuk korang. Bersabarlah ye? Peace ^_^  Assalamualaikum, nak pergi makan buah mempelam.

2 comments:

  1. Sokong kamu 100% sahabatku. Kalau itu dah memang ditakdirkan milik kita, InshaAllah pasti akan menjadi milik kita juga tak kira berapa lama, bila, dengan siapa. ^^ Semuanya dah menjadi ketetapan Ilahi ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeh..! Ada rasa kebahagiaan tu menjalar2 ke dalam diri sahabat ke? semoga segala urusan dipermudahkan kan??

      Delete

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa