Dejavu di Kinabulu

Assalamualaikum dan salam semanis kek berlapiskan keju ^_^

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Pernah dengar tak peribahasa 2? Maksudnya memang lebih baik berada di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain. Apa kes tiba-tiba je crita pasal peribahasa ni? kena sampuk ke apa?haha

Hari ini saya nak kenang kembali cuti semester yang saya habiskan bersama keluarga yang tercinta. Yela, tadi terjumpa gambar2 pergi bercuti. Rasa tangan ni mudah je nak menaip entri ni. Sebenarnya percutian ni memang da dirancang. Daripada habiskan duit pergi luar negara, baik bercuti dalam negeri dahulu. Terutamanya daerah kelahiran sendiri. Bukan semua tempat kat Sabah telah saya jelajahi.. Sampaikan Gunung Kinabalu pun belum pernah daki laki. Kata orang, bukan orang sabah kalau tak daki gunung kinabalu.hahaha.. Tak merasa mendaki, pijak kaki gunung tu pun dah kira eloklah tu. Percutian kali ini sangat seronok kerana ini kali ke-2 saya pergi dengan keluarga saya. Masa pertama kali pergi tu sebab duk sibuk gngu orang honeymoon. Kali ini 100% kerana nak hilangkan segala masalah yang ada. amboi, ada ke? 

Agak jauh perjalanan pergi ke Kota Kinabalu ni. Hampir seharian dalam kereta. Macam-macam boleh rasa, nak muntah pun ada. 'i bagitau u jaahhhh, jalan ke sana macam ular kena palu u know'. Tapi yang penting semangat nak bercuti tu yang penting. Kali ni saya bukan nak bercerita mengenai Kota Kinabalu tetapi lebih fokus kepada Kundasang. Sangat seronok! Mengalahkan Cameron u all. Rasa nak pergi tak? senang je. Jangan risau sebenarnya jalan nak ke Kundasang memang senang sangat. Dari KK, korang ikut je signboard ke Tuaran------->Tamparuli--------->Ranau. Insya-Allah korang akan sampai di Pekan Nabalu. Tak susah pun, jalan lurus je. Tapi, saya nasihatkan, jalanlah waktu pagi. Kalau jalan malam sure korang menyesal. Cerita mengenai view kat sepanjang jalan pula memang sangat cantik dan strategik. Udaranya nyaman. So, kalau rasa nak berhoneymoon atau menenangkan fikiran tu, Haa boleh lah pergi ke sana. Dialu-alukan!

Kalau rasa nak bermalam kat sana lagi ok sebab kiri dan kanan macam jenis hotel, motel, chalet dan segala-galanya tersedia. Korang hanya perlu pilih je. Cuma kalau musim cuti ni, kena book awal sikit.. takut ada yang tidur di kaki Gunung Kinabalu pulak.haha

Ni hotel yang pernah kitorang book semasa pertama kali datang ke sini. Itu pun bernasib baik kerana tinggal hotel ni jela yang kosong. Hotel ni memang strategik.. Ditengah-tengah tempat menarik yang ada kat Kundasang.

selesa, nyaman dan menyeronokkan

Kali ke-2 kami menjejakkan kaki ke Kundasang agak serabut sikit, mundar mandir cari tempat penginapan. Yela masa tu cuti sekolah, sudah tentula ramai keluarga yang memanfaatkan cuti mereka bersama anak-anak. Bila abang saya cakap nak stay kat Kinabalu Pine Resort.. Rasa macam tak jejak tanah dah. Kenapa?tempat tu memang ramai berebut taw? Pemandangan yang sangat2 cantik..Tapi :( dapat berita buruk pulak. Abang sya cakap fully book dan saya?ahhh!! HANCUR HATI INI. Abang saya taw suma yang ada kat dalam kereta nak sangat stay kat situ. Terpancar wajah kekecewaan disitu. Cara abang saya tarik balik mood kami ialah, dia cakap kita bukannya nak tidur 'berhabis' kat situ. Kita tukar baju, mandi lepas tu round2 Kundasang kan? jadi, nanti bila kita pergi sini lagi.. Kita book awal ok? umm, boleh terima jugala alasan tu. PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN! Nak tunjuk gambar...





Kalau bukan Pine Resort, kat mana kami membawa diri? drive punya drive..tup2 jumpalah resort ni. Maii aii, gayat nak naik. Tinggi sangat! Resort tu betul-betul di atas kaki bukit. Wah.. mesti dapat tengok pemandangan tanaman segar dan view dari sini cantik untuk tengok G.K. Malas nak cerita panjang.. Tempat yang kami pergi masa tu banyak sangat tapi yang sangat berkesan di hati ni kat Kinabalu Park, Memorial Kundasang, Strwbery Garden, Rose Cabin, Desa cattle, umm...ammm....imm.. Banyakk lagi la.

Di Tempat Penginapan:

Good morning... Jangan lepaskan peluang tengok G.K



Jalan-jalan, jangan lupa singgah:


Tak rugi datang ke Kundasang, macam-macam ada.


 Sayur, Bunga, Keropok, Buah-buahan dan macam-macam lagi 100% dijamin segar

Desa cattle: Ladang Lembu:

Rasa macam terperlu pergi New Zealand. Segalanya ada di sini.


Makan malam kat Restoran Bandung:


Banyak lagi tempat2 yang menarik yang dah saya kunjungi. Tapi, gambar2 ni jela yang dapat dikongsikan bersama. Kalau ada rasa nak pergi ke Kundasang tu, buatla persiapan awal2. Kalau semua da sedia, apa lagi?? KITA ENJOY!!


Habiskan masa bersama keluarga lebih baik daripada melepak tak tentu hala ^_^

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa