Kuala Lumpur: Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves akan mengalami sedikit gangguan perkhidmatan hari ini disebabkan tergelincir dari landasannya di stesen Shah Alam, lewat malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 11 malam itu, komuter tanpa penumpang tersebut dalam perjalanan dari Klang menuju Kuala Lumpur. Setibanya di stesen, empat gerabak di bahagian belakang tergelincir. Walaubagaimanapun, pemandu kereta api tidak mengalami sebarang kecederaan.
Semasa insiden berlaku, tren komuter berkenan kosong, tiada penumpang dan sedang mmebuat perjalanan ke depot Sentul bagi tujuaan penyelenggaraan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi, KTBM berkata perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor pelabuhan Klang-Batu Caves akan mengalami sedikit gangguan hari ini dengan kelewatan sekitar lima minit.
Kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
* Dipertik dari Berita Harian
No comments:
Post a Comment