Setelah bergelar muslimah

Assalamualaikum dan Salam sayang buat awak... awak... dan awak! ^_^

Apa pengertian muslimah dari sudut pandangan anda? setiap orang masing2 ada pandangan yang berbeza kan... Ingat, muslimah yang sejati, Sentiasa di hati ^_^



Wanita hiasan wanita

Iblis selalu berusaha menggoda dan mempengaruhi manusia melanggar perintah Allah SWT. Begitu banyak cara yang dilakukannya untuk membuat manusia terpedaya terhadap godaannya. Iblis sepertinya tidak akan pernah putus untuk menggoda manusia agar mengikutinya.

Demikianlah diri ini sendiri yang hampir tenggelam dengann godaan dunia. Godaan itu hadir dalam apa hal pun termasuk godaan untuk kufur berhijab. Astagfirullahalazim... Namun bermulanya diri ini hendak melangkah ke usia 21 tahun, saya mengukuhkan niat untuk berubah. Berikrar menjalani kehidupan seharian dalam definisi dunia yang baharu bukan suatu hal yang mudah bagi saya. Bukan hanya saya namun untuk semua orang juga. Kan? kan? kan? Saya akan terus berusaha berubah dari hal yang spesifik sampai ke arah yang kompleks.

Dialah yang menyesatkan manusia

Namun, persoalanku berkenaan salahkah mengenakan jilbab panjang (labuh) sementara agamanya masih cetek?? Ini jawapan yang saya dapat melalui pertanyaanku kepada seseorang yang lebih pakar dalam bidang keagamaan.
"Kerana jilbab itu adalah harga mati bagi seseorang muslimah. Dan setiap muslimah wajib mengenakan jilbab".
Dari pengalaman ini saya belajar untuk menghargai ilmu yang saya dapat. Diri ini berharap agar tetap istiqamah di jalan-Nya. dan kewajibanku sebagai muslimah segera kutunaikan kerana kuyakin "jikalau ada kemahuan pasti ada jalannya". Saudara seagamaku, memang tidak mudah untuk istiqamah, namun dengan keupayaan yang kita lakukan, Insya-Allah semuanya dapat dijalani. jesteru, sekarang tiada lagi alasan tidak menggunakan jilbab/hijab..

# Yakinlah bahawa setiap kesulitan itu pasti akan diiringi dengan kemudahan. Dengan mengharap redha-Nya, Insya-Allah semuanya pasti berjalan dengan lancar.


No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa