AIRASIA TAWAR 10,000 TEMPAT DUDUK PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^

AIRASIA TAWAR 10,000 TEMPAT DUDUK PERCUMA


Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd menawarkan 10,000 tempat duduk percuma untuk tempahan ke destinasi semenanjung: Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Manakala Sabah: Kota Kinabalu, Labuan, Sandakan dan Tawau. Seterusnya bagi negeri Sarawak pula: Miri, Sibu dan Bintulu. Demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.

Bagi tempahan percuma, Syarat-syarat seperti Rakyat Malaysia dan mempunyai MyKad hendaklah dipatuhi dan tempahan bolehlah dibuat selama 24 jam bermula 12.01 pagi (15 Februari). Cukai lapangan terbang,  Peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan nilai tambah lain akan dikenakan bagi setiap penerbangan.

Tawaran berkenan merupakan sebahagian Program 'Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia' yang dilancarkan awal bulan lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

*Dipetik dari akhbar BERNAMA.

2 comments:

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa