Telah kembali...

Assalamualaikum dan Salam Semanis buah epal ^_^

Berbulan2 tak update blog ni. Semak! Berhabuk! Bau masyaamm pun ada.hehe
Sy baru je selesai meghabiskan 1 sem pengajian kat IPG Kampus Bahasa Melayu dan alhamdulillah, result sem lepas pun da keluar. Bersyukur yang tak terhingga kerana Allah SWT masih memberi nikmat kegembiraan kepada saya untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya sem lalu. Suka duka ditelan dan diluah dan kini saya masih berpijak di bumi yang nyata dan masih kuat untuk menghadapi setiap dugaan yang diterima. Berbakul-bakul pengalaman manis dan pahit yang dapat dijadikan pedoman hidup agar lebih berhati-hati dikemudian hari.


Bagaimana dengan iman? apa khabar iman? adakah bertambah baik atau makin berkurangan? Selagi saya mempunyai kekuatan untuk mempertahankannya, Insya-Allah.. tiada penghalang iman ini untuk berkurang. Malah saya merasakan, semakin banyk saya belajar, semakin banyak saya tidak tahu. Inilah kekuasaan Allah SWT kerana Dia mewujudkan ilmu itu terlalu luas untuk diterokai dan tidak pernah kering untuk ditadah oleh manusia. Ya Allah, hamba mengharapkan agar iman hamba ini semakin kukuh dan bertambah kukuh. Jauhi hamba-Mu ini daripada godaan dunia.

#Insya-Allah.... Doa-doakan saya menjadi wanita solehah dan kekal imannya. Amin ^_^

2 comments:

  1. tahniah awal.. =)
    moga awak berjaya dalam hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awk. semoga sukses selalu ok? Amin...

      Delete

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa