Sahabat: Aku Pohon, Kau Angin

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua ^_^

Selamat bercuti semua.. Indahnya dapat cuti sabtu ahad setelah letih dengan urusan dunia yang tak penah sudah ini. Apa kata cuti-cuti macm ni kita manfaat dengan sebaikny. Bukan makan dan tidur je. Yela, tu kan budaya tak sihat, Wink!
Lama dah tak menulis..jadi saya sisipkan 1 nukilan hati untuk sahabat-sahabat yang sedang berduka di luar sana. Hayati dan Nikmati ^_^

Aku pohon dan kau angin.
Aku berdiri dan kau berhembus.
Aku terperangkap dan kau bebas.
Aku tegak dan kau tak tetap.
Aku tenang dan kau bergelora.
Aku pohon dan kau angin.

Aku tetap dalam diam
Dan kau bebas bergerak berhembus sesuka hatimu
Aku pohon dan kau angin
Tidak akan satu dan tidak mungkin menyatu
Sekuat mana pun aku, jika dihembus olehmu,
Pasti goyah juga kerana aku lemah.
Ketika kau tidak menyenangiku
Ketika kau tidak memberi kesegaran kepadaku
Aku terperuk dan merasakan tidak berguna.

Kini aku sendiri
Kau datang berhembus dengan santai,
Melewatiku, meninggalkanku
Sedikit-sedikit dan kini tidak nampak lagi.
Apa salahku? apa kekuranganku?
Bukan kau juga banyak kekurangan?
Aku bukan yang kau inginkan.

Pohon dan angin, berbeza. Tak bersatu
Namun kumasih rindukan hembusannya,
Kusayangi kehadirannya,
Jika masa boleh diputar semuala
Aku ingin menjadi debu
Pasti selalu akan bersamamu. Sahabat!

No comments:

Post a Comment

 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa