Assalamualaikum dan salam semanis buah delima ^_^
Entah kenapa tangan ni laju je nak tekan button2 laptop yg comel ni (mcm tuannya).hehe.. Petang yang tenang kat KL dan petang yang suram+dalam ketakutan di Sabah. OHH NOO!! MY HOMETOWN.... Saya xpernah lg update mengenai isu sabah. Kalau nak crita opkoz 1 minggu pun xhabis baca.
Utk pngetahuan semua, tmpat kelahiran saya iaitu SEMPORNA kini bukan lagi tempat pelancongan yang anda semua fikir. NI Semua sbb PENCEROBOH itu!! Tak tahu nak khbarkan mcm mana keadaan family kat sana. Semua hidup dalam ketakutan dan berjaga2. Bayangkan, semua jenis kedai DITUTUP! Nak makan apa? lega bila fmly sya khbarkan stok makanan mreka masih banyk. Sedih..rasa nak bawa famly mai dtng ostel je. tapi....apakan daya. Harap2, tak ada perkara yg xbaik berlaku kat mereka.. AMIN...
Ya Allah, lindungilah pejuang2 Negara.. Yang telah pergi menemuimu, tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman. Bukan stakat famly kat Semporna, saya risau sngt2 kat abang yang bertugas di Lahad Datu. Demi negara yg tercinta, nyawa bukan lagi yang prtama buat prtahanan negara kita. Berbangga ada abang mcm dia dan berbangga ada barisan pertahanan mcm mereka.
Sama-samalah kita doakan tiada nyawa lagi terkorban dan isu ini dapat diselesaikan dengan segera.. Cukup2lah kami menitiskan air mata...cukup2lah nyawa manusia terkorban...
# Masih dalam proses memperbaiki diri, Kuatkan aku dan beri aku bimbingan Ya Allah...
semoga isu ni cepat selesai dan berakhir...
ReplyDeleteKita doakan yg terbaik utk rakyat Malaysia
Delete