Padamu.....

Seorang yang kusayangi kerana kelembutan hatinya
seorang yang kucintai kerana keindahan akhlaknya
seorang yang kusanjungi kerana kehalusan budinya
seorang yang kukagumi kerana kesantunan  sikapnya
seorang yang kupuja kerana kesederhanaanya
seorang yang menerimaku seikhlas hatinya

Yang tidak pernah menduakan diriku sehingga akhir hayat
Menjadi penghibur suka dan duka
Peneman setia mendengar segala keluh dan kesah
Mempertahankan  nyawa untuk harga dirinya
Setia sentiasa untuk diriku

akan kujanji setia sehingga malaikat maut mencabut nyawaku


Sungguh aku tidak tahu perancangan-Mu
Kuharap akan ketemuinya. 



*Segala perancangan-Mu sungguh sangat indah*.

Bicara yang indah

Assalamualaikum.. Selamat pagi ^_^


Ya Allah.. lamanya tak lawat rumah saya ni. Ni bukan stakat berhabuk da berhantu kot.haha
Hari ni tak ada kelas so bangun awal tapi tak tahu nak buat apa. Eleh! poyo je bangun awal.. kalau ada kelas, malas pula.hehe

Serius talk, saat ni sy rindu sngt kehidupan di rumah. Kalaulah masa boleh diulang kembali. Ingat bnda yang sy nak ubah. banyk bnda yang saya tak nak berlaku dan bnyk benda yang saya nak elakkan. Tapi qada dan qadar Allah kan sentiasa ada. Sebagai umat islam saya percaya dgn smua yang telah terjadi. Yup! Hikmah! Kalau di dunia ni kemanisan hidup sahaja yang dapat dirasa, apalah ertinya hidup. Ada hikmah di sebalik Allah menjadikan kesukaran untuk kita.. Dari situlah kita belajar untuk mnguruskan segala kesukaran itu, mencari segala ketabahan dan yang paling penting KEMBALI KEPADA PENCIPTA.


Mak! Bapak! ohh Mak bapak! perkataan itulah yang sentiasa dalam ingatanku. Rindu nak jumpa semua keluarga. Oh! Semakin lama duduk di Kehel ini, semakin sesak nafasku untuk terus hidup. (amboii ayat).
Cuti kuseru kau segeralah datang....

Ya Allah, Terima kasih kerana memberikan aku mak dan bapak yang sempurna dan terbaik untukku..

"Kata Ucapan Hari Ibu"


 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa