Rintihan lagi...



Bila Allah tak menghantar sesiapa disisi kita semasa kita sedang menangis, itu tandanya Allah nak kita kongsi dengan dia dulu.. Bersabarlah duhai hati :'(

Hati ini menangis lagi..

Assalamualaikum..

Dihati kulakarkan sebuah harapan dan impian
yang aku namakan angan-angan
apabila kutentukan arah dan tujuan itu
dengan rela kuhadapi cabaran

Namun jalan ke puncak penuh onak dan berliku
menyukarkan pendakian dan mengamburkan angan-angan
namun tetap kugagahi hati rapuh ini
demi angan-angan yang diimpikan

Aku harapkan harapan selembut impian
Yang menjadi peneman dikala lena yang panjang
Namun kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh segala kenyataan

Tidak harus kuturuti kelemahan diri
tak daya bertahan diuji
lalu aku kumpulkan semula kekuatan
agar hati ini berlandaskan keimanan...

aku insan yang lemah

Bismillahhirahmanirahim..


Saat waktu berlalu.. hamparan ini biar berdebu tanpa kata2 dan semangat baharu.. Namun banyak perkara yang telah berubah. Banyak perkara yang telah berlaku. Banyak jiwa yang meruntun lemah dan semuany mengajar untuk menjadi lebih tabah, lebih berhati-hati, lebih ebrdiam dan berkata-kata.
Kerana saat itu hidup ini akan diduga, diuji tanpa mempedulikan siapa pun kita sebenarnya. saat ikhlas pasti diuji dengan pelbagai untuk mengenalpasti sejauhmana keikhlasan kita untuk tahu erti tabah..untuk dekat dengan sabar..untuk lebih redha dengan serangkai jiwa.

Saat ketika hati meruntun saya, "Aku lemah Ya Allah untuk mengelola hatiku sendiri daripada bisikan nafsu dan syaitan. peritnya mujahadah ini.. anugerahkan aku keindahan iman yang teguh Ya Allah dalam menghadapi setiap ujian yang datang dariMu". lalu mengalir laju manik-manik jernih tanda betapa lemahnya hamba yang Engkau cipta ini. Manik-manik jernih ini terus menrus mengalir dan semakin deras. "Apakah perasaan ini Ya Allah? kuatkan diriku..sesungguhnya aku cintakan hamba-hambaMu hanya keranaMu dan hanya kerana keredhaanMu".
 
♥ Copyright © 2013 reserved to Princess Pinky. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa